BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Monday, 5 July 2010

PENARAFAN SUMBANGAN KEPADA PENGORBANAN


Firman Allah swt. :


انفروا خفافا و ثفالا و جهدوا بأموالكم و أنفسكم في سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون

at - Taubah : 41

Segeralah ( menuju medan juang ) samada dalam keadaan ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta benda kamu dan jiwa raga kamu di jalan Allah. Sedemikian itu adalah suatu yang terbaik bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti .

Ayat di atas adalah satu arahan agar setiap individu yang mengaku beriman agar turun ke medan untuk berjuang dan berjihad, biarpun mengalami kesukaran dan kepayahan tanpa lengah. Mengorbankan harta benda ( wang ringgit / emas perak ) kamu serta jiwa raga ( tenaga , masa , darah & nyawa ) .

Mungkin sebahagian dari ummat Islam akan menganggap, penglibatan atau pembabitan diri dalam perjuangan Islam ini adalah suatu yang merugikan justeru risikonya terlalu tinggi. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Syeikhul Islam Imam Taqiyyudin ( Imam Ibnu Taimiyyah ) ketika menafsirkan ayat 40 dari Surah al Anfaal , bahawa implikasi perjuangan atau risiko yang akan dilalui oleh pejuang - pejuang Islam di sepanjang zaman ialah sebagaimana yang dilalui oleh Rasulullah saw. iaitu :

- Penjara
- Bunuh
- Buang daerah


Ya! Begitulah pandangan sebahagian dari ummat Islam , yang lebih selesa berada di rumah bersama anak dan isteri, berdepan pula dengan kaca televisyen tanpa memperdulikan lagi apa yang sedang menimpa ummah , apatah lagi untuk memperjuangkannya.

- FENOMENA BERJUANG SEKADAR MAMPU

Sebahagiannya pula mahu berjuang tetapi sering menyebut bahawa ia akan berjuang sekadar mampu .

Pada pengamatan saya, membentuk sikap dan prinsip berjuang sekadar mampu ini akan meletakkan kita selama-lamanya berjuang di bawah tahap kemampuan .

Apapun, saya ucapkan syabas kepada mereka justeru mereka masih mahu berjuang . Cuma apa yang saya mahu tegaskan di sini ialah:

Semua tindakan mereka yang berada di bawah tahap kemampuan itu bukanlah pengorbanan tetapi hanya satu sumbangan yang diberikan kepada perjuangan .

Inilah topik yang ingin saya ketengahkan kali ini, agar kita menaik taraf dari menyumbang kepada berkorban. Terutama kepada mereka yang telah lama bersama Gerakan islam ini. Mereka mesti dinaik taraf dari sumbangan kepada Pengorbanan .

Ya lah! Kalau kita lihat di sekeliling kita seperti jalan, boleh dikatakan terlalu banyak jalan setelah melalui tempoh tertentu akan dinaik taraf, dari jalan menjadi jalanraya dan kemudian menjadi Lebuhraya .

Tak kan lah, kita yang sekian lama bersama Gerakan Islam ini masih berada di takuk lama. Enggan naik taraf. Soalnya sampai bila kita hanya mahu jadi penyumbang tanpa ada apa apa yang terkorban pada diri kita untuk Islam yang suci ini .

Kalau jalanraya naik taraf, saya tidak nampak kenapa kita seorang manusia yang menyertai Gerakan Islam ini enggan naik taraf, sementelah pula Gerakan Islam yang sifatnya berGERAK , senantiasa pula berhadapan dengan cabaran-cabaran baru yang lebih getir dan perit, sangat memerlukan seorang pejuang yang dinamis bukan pejuang yang statis.

- Rajah 1 : Harta

Sebagai contoh kita mempunyai RM 100.00, RM 20.00 daripadanya adalah untuk membiayai keperluan asas. Berbaki RM 80.00 adalah kemampuan harta yang kita miliki .

Ketika perjuangan Islam ini memerlukan dana harta bagi menggerakkan perjuangannya, kita dengan prinsip “berjuang sekadar mampu” akan memberi pada kadar tidak melebihi RM 80.00.

Ada yang memberi RM 5.00 dari RM 80.00, begitulah juga ada yang memberi hanya RM 1.00 dari RM 80.00 dan ada juga yang memberi pada RM 75.00 dari RM 80.00.

Tetapi apa yang pasti, kita tidak akan memberi lebih dari RM 80.00 kerana itulah siling bagi kemampuan harta kita. Sementara kita berpegang dengan prinsip “berjuang sekadar mampu” .

Rajah 1 ini menunjukkan kita senantiasa berada di bawah tahap kemampuan ( RM 80.00 ), kerana kita tidak akan memberi lebih dari RM 80.00 justeru ia telah melepasi garis kemampuan kita .

Maka tindakan memberi pada tahap “bawah kemampuan” inilah yang saya takrifkan sebagai sumbangan bukan pengorbanan .

Manakan tidak, Pengorbanan ertinya kita berkorban dan apabila kita berkorban, nescaya kita terkorban. Persoalannya, adakah kita terkorban dengan “hilang”nya RM 1.00 atau RM 5.00 dari RM 80.00 yang kita ada?

Jawabnya tentu sahaja TIDAK !

Maka ia bukanlah pengorbanan tetapi sumbangan yang kita berikan kepada Islam. Kita telah menyumbang RM 1.00 atau RM 5.00 bukan kita telah berkorban RM 1.00 atau RM 5.00 .

- Pengorbanan Harta

Pengorbanan hanya berlaku apabila kita memberi pada kadar melepasi garis kemampuan .

Kita mempunyai baki wang sebanyak RM 80.00 setelah kita asingkan sejumlah wang untuk membiayai keperluan asas sehari iaitu RM 20.00 .

Tatkala keperluan perjuangan Islam ini diisytiharkan oleh Jamaah Islam dan pimpinannya demi menggerakkan misi dan visi yang telah digaris berasaskan pelan tindakan strategic, maka kita memberi RM 90.00 dengan maksud 10.00 ringgit melepasi siling kemampuan kita.( RM 80.00 )

Saat itulah, kita telah berkorban. Kita telah mengorbankan wang kita dan kita rasa terkorban kerana sepatutnya kita boleh melengkapkan keperluan asas kita pada hari itu , tetapi segalanya terkorban dikala kita membelanjakan keperluan asas kita untuk Islam.

Kesimpulannya, pengorbanan itu berlaku apabila kita memberi pada tahap melepasi garis kemampuan dan kita tidak lagi berjuang sekadar mampu .

- Rajah 2 : Jiwa

Berasaskan prinsip “berjuang sekadar mampu” maka kita akan berjuang selama mana kita rasa jasad dan nyawa kita selamat . Sebab “hidup/hayah” itu adalah siling kemampuan kita .

Kita tidak akan berjuang melepasi garis kemampuan (hidup) lantaran prinsip kita adalah berjuang hanya sekadar mampu.

Peringkat ini, biar apa pun berlaku(Islam dihina, murtad dsbnya ) kita tidak akan mempertaruhkan darah dan nyawa untuk perjuangan. Kerana itu telah berada di luar garis kemampuan kita.

Biasa kita dengar, orang kata : “minta maaflah, kalau sampai mati ke diri! saya tak sanggup untuk berdepan” …

“demontrasi tu nanti, ada FRU datang ker? kalau ada FRU saya tak nak pergi lah! ….

“ceramah malam ni ada permit tak? kalau tak permit nanti polis dan FRU datang serbu, saya tak berani ! …..

Ucapan itu adalah manifestasi dari prinsip “berjuang sekadar mampu” dan kalau kita juga mempunyai prinsip yang sama, maka itulah standard kita .

Kita mungkin mahu berjuang malah bersemangat seperti menghadhiri usrah, tamrin, mesyuarat dsbnya, tetapi selama mana ia berada di bawah tahap kemampuan. Iaitu jasad dan nyawa kita selamat .

Justeru itu, apa yang kita berikan selama ini adalah sumbangan. Kita menyumbang masa dan tenaga kita untuk perjuangan. Belum ada apa apa yang terkorban dari kita. Darah tidak terkorban , demikian juga nyawa kita tidak terkorban .

- Pengorbanan Jiwa

Apabila kita melepasi garis kemampuan dengan maksud kita berjuang sampai mengalir darah dan melayang nyawa demi Islam, barulah dinamakan pengorbanan. Di mana ia telah mengorbankan darah dan nyawanya.

Bolehlah dikiaskan kaedah ini kepada contoh–contoh yang lain seperti menyumbang masa dengan mengorbankan masa, menyumbang tenaga dengan mengorbankan tenaga.

Ringkasnya, kita hanya “menyumbang masa” apabila kita hanya berjuang sewaktu masa kita lapang dan rehat. Sebaliknya kita “mengorbankan masa” kita apabila kita berjuang melewati waktu tidur dan rehat kita .

Sementara menyumbang tenaga pula apabila kita berjuang di bawah tahap kemampuan kita, iaitu selama mana kita sihat dan gagah. Tiada apa yang terkorban, apabila kita memberi tenaga kita untuk perjuangan ini selama mana kita sihat dan gagah.

Kita hanya berkorban apabila kita memberi tenaga kita buat perjuangan ini dalam keadaan kita sakit dan tidak bersemangat. kala itu , kita telah melepasi tahap kemampuan kita.

Penjelasan kaedah ini untuk menarafkan sumbangan kepada Pengorbanan mungkin lebih difahami seandainya saya menjelaskannya dalam bentuk gambar rajah .

Apa pun saya percaya ianya mudah . Point penting yang ingin saya fokuskan ialah perlunya kita sebagai anggota Gerakan Islam meningkatkan prestasi kita dari menyumbang kepada pengorbanan .

- Kesimpulan

Sekadar Mampu = Sumbangan

Setiap yang dilakukan dalam kitaran kemampuan kita hanya merupakan sumbangan kita justeru ia tidak mengorbankan apa–apa dari kita.

Melepasi Garis Kemampuan = Pengorbanan

Apabila kita bertindak mengatasi tahap kemampuan, itu bermakna satu pengorbanan justeru kita telah terkorban akibat tindakan tersebut .

Penarafan sumbangan kepada Pengorbanan boleh dibantu oleh pembentukan sikap seperti berikut :

1-Tidak sekadar memberi pada tahap yang tidak boleh dihayati dan dirasai kehilangannya.

2-Tidak menghitung jumlah yang diberi sebaliknya melihat kepada nilai kualiti pemberian.

3-Tidak pernah berpuas hati terhadap apa yang telah diberi sebaliknya senantiasa menambah
.

Tuesday, 11 May 2010

BENGKEL PENYELIDIKAN DAN PENULISAN


BENGKEL Kaedah Penyelidikan dan Penulisan

Objektif:

1.Mendedahkan peserta tentang penyelidikan menurut Islam dan barat
2.Menjelaskan cara mendapatkan data dan menstrukturkan kajian
3.Menunjukkan cara menggunakan perisian maktabah syamilah
4.MENYUSUN PENYELIDIKAN ULAMA PELAPIS BERKENAAN DENGAN NON MUSLIM


Tarikh, Masa dan Tempat:

15 Mei 2010

Sabtu

8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Dewan Seminar Masjid UNITEN.


Sasaran-Graduan Pengajian Islam

Semua Ahli ILMAM Dijemput Hadir.

Thursday, 29 April 2010

TABARRUJ : KESIMPULAN


Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka. Dalil: Surah al-Ahzab ayat 33.

Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan muka, kecantikan dan perhiasannya.

Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan kecantikannya tetapi lebih dari itu.

Tabarruj hari ini dengan mendedahkan separuh tubuh, malah lebih dari itu.

Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al- ‘aariyaat).

Tabarruj yang diHARAMkan ialah:

- Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.

- Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.

- Bersolek dan berhias belebihan.

- Menggunakan alat-alat solek / make-up.

- Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).

- Dan lain-lain.

- Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.

Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:

- pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita

- pakaian itu mestilah longgar

- tidak nipis

- bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya

- tidak menyamai pakaian lelaki

- Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.

- Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj.

Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.

Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.

Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek, termasuk membersih sesuatu yang fitrah.

Jenis perhiasan antaranya:

- Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.

- Pakaian luar dan dalam

- Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan isteri yang suaminya tiada di sampingnya.

- Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah tabarruj.

Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat semulajadi:

- Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh bagi yang berkahwin untuk suami.

- Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodoh dipandang.

- Memerahkan muka. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.

- Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, …..

- Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai tabarruj.

- Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.

- Bersolek dan berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj.

Tuesday, 20 April 2010

WANITA DALAM NERAKA


Di sini saya ingin mengutarakan satu peristiwa yang telah disaksikan oleh Rasulullah s.a.w semasa dalam perjalanan Isra’ Mi’raj yang ada kaitannya dengan penghuraian tabarruj.

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah: “Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab: “Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya.

Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbunumbunnya dan disuakan dengan ular dan kala.

Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api.

Aku melihat perempuan yang memotong tubuhya dengan gunting daripada api neraka.

Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya.

Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripda api neraka”.

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya: “Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.

Rasulullah SAW menjawab: “Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.

Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain.

Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub).

Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.

Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.