BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Thursday 3 February 2011

PMRAM UCAP TERIMA KASIH KEPADA ILMAM

PMRAM Ucap Terima Kasih Kepada ILMAM

KAHERAH 3 Feb - Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime mengucapkan jutaan terima kasih terhadap Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) kerana begitu mengambil berat terhadap keadaan dan situasi mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir.

Katanya, pertubuhan tersebut akan menganjurkan solat hajat perdana dan dialog "Selamatkan Mahasiswa Mesir" pada hari Jumaat nanti. Program tersebut akan dilaksanakan selepas solat Maghrib di masjid negeri, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Menurutnya, PMRAM juga bersyukur dengan rakyat Malaysia yang berdoa melakukan solat hajat bagi memastikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan jauh daripada bencana yang menimpa.

Sehingga kini katanya lagi, PMRAM sentiasa memantau kedudukan mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir bagi memastikan mereka berada dalam yang selamat.

"Rusuhan besar-besaran yang berlaku di sini menyebabkan penjenayah mengambil kesempatan untuk mencuri dan merompak barangan di kedai-kedai dan supermarket. PMRAM begitu bimbang sekiranya keadaan ini menular dan akan menyebabkan mahasiswa-mahasiswi Malaysia hidup dalam keadaan yang tidak aman." ujar beliau dalam satu kenyataannya pada hari ini.

Walaubagaimana pun sehingga kini, seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan yang selamat. Ibu bapa di Malaysia disarankan agar bertenang dan sentiasa doakan kesejahteraan rakyat Malaysia di Mesir.

No comments: