BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Wednesday 31 March 2010

BERMAKE-UP ….HARAM!


Ramai di kalangan belia-beliawanis sekarang yang telah bertuhankan hawa nafsu. Mereka sanggup mengatakan bahawa mereka masih muda remaja, belum tiba masanya untuk bertudung dan berjubah. Idea mereka seolah-olah memberi erti bahawa bertudung kepala dan berbaju menutup ‘aurat hanyalah untuk golongan tua yang akan mati esok atau lusa. Allah menyuruh setiap wanita – samada yang masih remaja atau telah tua, tetapi masih memakai alat-alat solek supaya memakai tudung. Wanita-wanita yang telah lanjut usia, perjalanan haid telah terputus, maka mereka dibenarkan berbuka kepala andainya mereka tidak menggunakan sebarang alat-alat make-up di bahagian muka atau menggunakan rambut palsu.

Untuk menjelaskan lagi, Allah telah berfirman yang bermaksud: “Perempuan-perempuan tua yang telah terhenti haid dan mengandung, tiada keinginan berkahwin lagi, tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Nur: 60)

Mengikut fahaman ayat tersebut, jelaslah bahawa Allah s.w.t telah memberi satu keistimewaan kepada nenek-nenek yang telah lanjut usia. Mereka dibolehkan keluar rumah dengan tidak bertudung. Meskipun kemudahan tersebut diberi, tetapi nenek-nenek harus ingat, Allah s.w.t membolehkan mereka membuka kepala dan muka dengan syarat yang telah lanjut, tetapi sekiranya hati masih remaja, ingin bersolek, bermake-up dan sebagainya, maka hukumnya samalah dengan wanita-wanita yang masih muda remaja. Wajib bertudung.

Allah Maha Kuasa untuk menciptakan manusia dalam bentuk apa jua sekalipun. Ada wanita-wanita yang berupa paras kurang cantik. Umpamanya muka yang berparut, ada pula kulit mukanya yang berbintil-bintil dan ada pula yang memiliki rambut panjang. Terhadap golongan-golongan ini pula, harus diingatkan bahawa berhijab atau bertudung bukanlah diwajibkan terhadap wanita-wanita yang cantik sahaja. Oleh itu jangan kamu mengambil kesempatan mendedahkan ‘aurat kamu atau mengunakan alat-alat solek untuk menutup kekurangan tadi. Tutupilah dengan hijab seperti yang dikehendaki Islam. Bukankah itu lebih baik…?!

Berhati-hatilah wahai puan! Selera lelaki bukan sama. Ada yang sukakan wanita berbadan kurus, berpinggang ramping, sedangkan yang lain pula sukakan wanita bertubuh rendang, atau berkulit kuning. Ada lelaki pula yang terlalu berkemahuan, pantang melihat si hitam manis. Memang benar apa yang dikatakan: “Setiap manusia ada jodoh dan pasangannya”.

Allah s.w.t menyuruh semua wanita supaya berhijab dan melarang mereka dari mengamalkan pergaulan bebas yang sudah merebak pada hari ini. Di sebalik suruhan dan larangan tersebut ada hikmah-hikmahnya. Umpamanya, seorang suami yang memiliki isteri yang kurang cantik, tidaklah berhasrat untuk merampas isteri saudaranya yang cantik. Masakan dia dapat berbuat demikian sedangkan dia tidak pernah melihat ‘aurat wanita lain selain daripada isterinya.

Oleh itu bagaimana sekalipun rupa paras isterinya, itulah secantik-cantik wanita yang halal baginya di dunia ini. Dengan demikian setiap hidup aman damai, anak-anak tidak terpisah dari ibu kandungnya, masyarakat juga aman bahagia.

Wahai wanita-wanita Islam! Tutupilah ‘auratmu seperti yang disyariatkan Islam. Janganlah kamu menggunakan kecantikan anggota mengikut perasaan. Sedarlah, disebabkan pendedahan yang kamu lakukan, sudah berapa banyak belia-belia yang tergoda dan tersiksa. Oleh itu awasilah moral dan akhlak kamu semua. Hayatilah ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Seperti yang dijelaskan, memang sukar untuk melayan selera jumhur, tidak sesukar melayan selera suami di rumah, tetapi setelah bertopengkan syaitan, perkara yang sukar menjadi idaman. Sebagai bukti, cuba lihat beberapa wanita hari ini yang tidak mungkin keluar rumah andainya muka belum disaluti Amami, bibir belum digincu, mata belum dikenakan eye-shadow dan pipi belum dimerahkan.

Hakikat sebenarnya, segala yang kamu kerjakan merugikan diri kamu sendiri. Di dunia dan di akhirat. Di dunia, kamu membazirkan wang beringgit-ringgit sementara di akhirat pula kamu berbogel di dalam neraka.

Sungguh sial andainya kecantikan membawa padah. Ke mana sahaja kamu pergi, lelaki ganas yang kamu temui sedangkan lelaki yang baik beradab akan menjauhkan diri.

Wahai wanita Islam semua! Tepuk dada tanya selera. Betulkah kamu benar-benar beriman kepada Allah, cinta dan patuh pula kepada segala suruhanNya.

Sekiranya Rasulullah s.a.w masih hidup, apalah teguran dan peringatan Baginda terhadap kamu semua yang masih bermake-up, bersenang-senangan dan bercampul gaul di antara lelaki dengan perempuan tanpa batasan yang tertentu.

Meskipun Rasulullah telah pergi meninggalkan kamu terlebih dahulu, namun Allah tetap kekal buat selama-lamanya. Dia tetap melihat apa yang kamu kerjakan, samada baik atau buruk.

Tergambarlah di fikiran, bagaimana dahsyatnya siksaan di hari Mahsyar kelak. Kalau tergambar demikian, kenapa masih tidak mahu beramal..?!

Harus diingatkan, di hari Mahsyar nanti, kamu tidak berhak memprotes di hadapan Allah. Rasul telah diutuskan dan segala suruhan serta larangan telah disampaikan kepada manusia semua. Semua suruhan dan larangan tersebut terbentang di hadapan kamu. Oleh itu hak memilih terserahkan kepada kamu, samada suka bergaul bersama-sama saudara kamu di Syurga atau rela badan tersiksa di dalam neraka di hari kebangkitan kelak.

Dengan jelas Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Terdapat dua golongan daripada umatku yang terdiri daripada ahli neraka. Satu golongan, didapati bersama-sama mereka itu, tongkat-tongkat yang sentiasa terhayun-hayun laksana ekor lembu, lalu manusia dipalu dengannya; golongan yang kedua, terdiri dari perempuan-perempuan yang berpakaian separuh bogel, pelacur-pelacur, berkepala besar dan terkulai-kulai; mereka tidak mungkin masuk ke Syurga; baunya yang tidak mungkin mereka rasai; masakan mereka dapat menyedut bauan tersebut sedangkan jarak jauh di antara mereka dengan Syurga melebihi ilma ratus tahun perjalanan”.

Andai puan-puan masih meraba-raba di siang hari, menentang ajaran al- Quran dan Hadith, mengikut perasaan dan dorongan Iblis hingga melewati perbatasan yang dilarang Alllah, nescaya kamu terjerumus ke lembah maksiat. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya serta melanggar ketentuan-ketentuanNya nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka. Ia kekal di dalamnya dan baginya siksaan yang amat menghinakan” (al-Nisaa’: 14)

Awas puan-puan semua jangan sampai hidup bersandiwara, menafikan kebenaran, mempertahankan kemungkaran. Tidakkah kamu terfikir bahawa bermake-up satu perbuatan yang salah? Ya, jika perasaan dikuasai iblis, kuasa penglihatan sudah tidak bererti lagi. Yang halal dikatakan haram dan yang haram dikatakan halal. Allah memberi peringatan dalam firmanNya yang bermaksud: “Apakah orang yang dijadikan syaitan menganggap baik perkerjaaan yang buruk, lalu dia menyakini perkerjaan itu baik, sama dengan orang yang ditipu oleh syaitan? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendakiNya. Janganlah dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” (al-Fatir: 8)

Hanya inilah diskusi yang dapat saya utarakan. Saya rasa sudah cukup sebagai pengenalan dasar untuk saudara-saudari yang cintakan kebenaran. Terhadap golongan yang masih lalai, saya ingin berseru. Berfikirlah dua kali, bahkan tiga kali, atau empat kali dan seterusnya hingga mendapat petunjuk semata-mata datangnya dari Allah. Oleh itu tunduk dan sujudlah kepada Allah pohonlah hidayat dari-Nya, mintalah petunjuk dari-Nya. Mudah-mudahan kamu dapat membezakan yang mana golongan yang berpihak kepada golongan kolot yang masih berpakaian membuka ‘aurat, tak ubah seperti di zaman jahiliyyah, agaknya inilah yang dikatakan “Jahiliyyah Kedua Puluh”.

Wednesday 24 March 2010

SIKAP IBUBAPA (DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK)


Sekarang mari kita beralih pula pandangan. Bagaimanakah sikap ibubapa terhadap anak-anak mereka, terutamanya anak-anak yang masih gadis remaja. Kita rasa sungguh kesal kerana ada di antara ibubapa yang menggalakkan anak-anak gadis mereka supaya bermake-up dan berfesyen. Mereka berpendapat bahawa dengan berpakaian tersebut, ia semakin tambah menarik kepada setiap orang yang melihat. Dengan cara tersebut, mungkin anak gadis mereka segera dilamar.

Berfikirlah wahai ibubapa semua. Kamu bertanggungjawab terhadap anakanak, bertanggungjawab pula di masa depan mereka dan bertanggungjawab di hari perhitungan di hadapan Allah nanti.

Relakah hati kamu menjadikan anak-anak kamu seperti barang-barang dagangan yang boleh dijual-beli. Ingatlah, lelaki hartawan sahaja yang akan memperisterikan mereka. Orang yang banyak harta memang mampu membeli kecantikan untuk memuaskan nafsu mereka. Selepas itu janganlah kamu kesal wahai ibubapa andainya anak-anak perempuan dipersia-siakan atau dibiarkan begitu sahaja lantaran anak perempuan kamu tidak lagi mempunyai keistimewaan
seperti di zaman gadis dahulu. Ibarat kata pepatah “habis madu sepah dibuang”.

Lelaki yang beriman dan mematuhi segala suruhan Allah tidak akan melamar anak kamu kerana mereka orang ‘arif, yang mana intan dan yang mana saduran. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tidak logik lelaki yang beriman akan memilih perempuan yang rosak akhlak dan tidak berbudi pekerti sebagai teman hidup mereka.

Setelah berdiskusi dengan para ibubapa, sekarang mari pula kita membuat tinjuan secara ringkas bagaimana pula keadaaan suri-suri rumahtangga, khasnya di bidang make-up. Mereka melahirkan reaksi dengan kata, “Kami keluar rumah dengan bermake-up hanya untuk memuaskan hati suami dan patuh kepada kehendaknya”.

Reaksi sedemikian rupa adalah palsu dan alasan tersebut memang tidak berasas sama sekali. Adakah dengan mematuhi suruhan suami tersebut boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan kemurkaan Allah? Allah Pencipta kamu dan juga suami kamu. Supaya lebih jelas lagi, mari kita renungi sabda Rasul s.a.w yang bermaksud: “Jangan kamu taat sesama manusia hingga kamu sanggup derhaka kepada Allah, Allah Pencipta manusia” dan sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud: “Tiada kepatuhan melainkan kepada kebaikan”. Manakala Allah pula telah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan RasulNya, juga kepada pemerintah-pemerintah yang terdiri daripada kamu……” (al-Nisaa’: 59)

Berpandukan kepada maksud Hadith dan ayat al-Quran di atas, adakah kamu wahai suri-suri rumah diwajibkan menta’ati suruhan suami terlebih dahulu sebelum melaksanakan suruhan Allah dan RasulNya??

Jika kamu memahami ayat-ayat al-Quran sudah pasti kamu sendiri dapat memberi jawapan. Mengikut konteks hadith Rasulullah dan firman Allah yang tersebut, bukanlah pengertian seperti yang difahami oleh puan-puan. Malahan fahaman yang sebenar ialah mematuhi suruhan Allah dan RasulNya sebelum menta’ati orang-orang yang bertanggungjawab terhadap diri kamu, seperti menta’ati kedua ibubapa, suami dan pemerintah.

Ta’at setia ini kita berikan kepada mereka tersebut selama mana suruhan mereka tidak berlawanan dengan suruhan Allah dan RasulNya. Jika suruhan mereka didapati bertentangan dengan suruhan Allah dan RasulNya, mestilah kita kembali kepada ajaran Allah dan RasulNya.

Suami yang tidak menta’ati suruhan Allah dan menyuruh kamu pula jangan menta’ati suruhan Allah, maka jangan sekali-kali kamu mematuhi suruhan tersebut, walaupun kamu terpaksa mengalami berbagai-bagai masalah.

Umpamanya berkemungkinan kamu ditinggalkan sekiranya kamu diceraikan, berpisahlah anak-anak kamu dan hancur leburlah rumahtangga kamu. Perlu diingatkan, jika kamu seorang wanita yang patuh dan ta’at kepada ajaran Islam tidak mungkin kamu dapat hidup bahagia di samping suami yang korup, runtuh moralnya, tidak berbudi pekerti yang mulia dan durhaka pula terhadap ajaran Allah. Jiwa yang suci murni akan berbahagia di samping bertuhankan harta benda walaupun dibendung istana yang bertatahkan ratna mutu-manikam.

Allah juga berfirman di dalam surah al-Mujadalah ayat 22 yang bermaksud: “Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya. Dan dimasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap limpahan rahmatNya. Meraka itulah golongan Allah. Ketahuilah bahawa golongan Allah, itu golongan yang beruntung”.

Friday 19 March 2010

DORONGAN KEKOLOTAN (JAHIL TENTANG AGAMA)


Pancaindera yang ada pada generasi sekarang sudah tidak memberi erti lagi bagi mereka. Mereka sudah tidak dapat lagi membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Mereka menggunakan pancaindera untuk memenuhi dorongan hawa nafsu tersebut, ada di kalangan wanita Islam yang sanggup menukarkan atau meninggalkan wanita di zaman ini. Penukaran dilakukan dengan alasan supaya mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan wanita-wanita lain. Dengan demikian mereka tidaklah dianggap berpakaian ganjil dan tidak lagi menerima ejekan dari teman dan masyarakat sekeliling.

Kamu malu berpakaian Islam, tetapi tidak malu berpakaian separuh bogel asalkan fesyen demikian sudah menjadi tradisi di zaman ini. Ibarat kata lain, kamu sanggup merompak hanya semata-mata untuk melahirkan inspirasi kebenaran di hadapan perompak, kamu rela mencapai minuman keras hanya sekadar melayan dan memuaskan penagih-penagih arak…..

Sekiranya kamu lakukan ini semua, bererti kamu seorang yang tidak mematuhi ajaran Islam yang suci. Sampai hati kamu mendahulukan dan melayani kehendak nafsu sesama manusia, sedangkan keredhaan Allah dan suruhanNya kamu abai-abaikan. Bukankah Allah Pencipta diri kamu dan manusia semua…?

Oleh kerana golongan yang mengejek-ejek pakaian Islam tidak memahami perundangan Islam, seharusnya kamu yang berpelajaran pula mesti menyampaikan pelajaran tersebut kepada mereka. Sebelum itu, jadilah diri kamu, akhlak dan pakaian kamu sebagai contoh atau tauladan untuk mereka semua.

Kalau mereka masih juga mempermainkan kamu, ingatlah bahawa Allah lebih mengetahui di pihak mana yang benar dan di pihak mana pula yang bersalah. Sudah memadai kamu menyahut ejekan tersebut dengan firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu mengejek kami sesungguhnya kami mengejek kamu sebagaimana kamu sekalian mengejek kami. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa azab yang kekal” (Hud: 39-38).

Berpakaian Islam seperti bertudung kepala dan berbaju labuh hingga menutup ‘aurat melambangkan kualiti seorang wanita Islam. Bukanlah kualiti seseorang wanita itu terletak pada alat-alat solek, kuku yang panjang serta dihiasi warna mata yang disalutkan max factor dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan wanita di zaman sekarang. Suatu perkara yang luar biasa di zaman ini, kaum wanita yang beragama Islam tidak menta’ati suruhan Allah s.w.t dan tidak sanggup berpakaian Islam. Malahan mereka mempermain-mainkan pula saudara mereka yang berpakaian sedemikian rupa.

Awas…! Dunia ini laksana roda. Hari ini kamu mentertawakan orang lain, tapi mungkin esok, kamu ditertawakan orang pula. Ingatlah, Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang mentertawakan orang-orang yang beriman dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka mengerdipkan mata mereka” (al- Mutaffifin: 29-30).

Tuesday 2 March 2010

TABARRUJ : AWASILAH KESESATAN FAHAMAN PASIF II


Harus diingatkan, orang-orang yang benar beriman dan bertaqwa kepada Allah, tak mungkin mengabai-abaikan segala suruhan dan perintahNya. Rasul s.a.w ada bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin terasa amat-amat berat dosanya laksana seberat bukit yang akan terhempas di atas kepalanya. Sebaliknya seorang munafik merasai dosa itu ringan, seringan seekor lalat yang hinggap di muka, sebelum ditampar sudah terbang”.

Sekian lama sudah kita meraba di dalam kegelapan, banyak pula onak dan duri kita rasai. Ayuh! Pintu taubat masih terbuka untuk siapa saja. Sekarang mari kira sama-sama bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi kembali dosa yang pernah kita lakukan. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, Allah s.w.t menerima setiap amalan kebaikan, terhapuslah pula dosa kesalahan. Untuk angkatan tersebut, Allah telah berfirman yang bermaksud: “……kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, maka mereka itu, kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebajikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang” (al-Kahfi: 56).

Wahai wanita-wanita Islam, tidak usahlah kamu semua membazirkan wang yang banyak untuk membeli alat-alat solek. Kemudian menghabiskan masa pula di hadapan cermin. Jika kamu juga berbuat demikian, sudah pasti kamu cuai terhadap sembahyang dan ibadat-ibadat yang lain. Jangan kamu jadikan diri kamu seperti kebanyakan manusia, sanggup membeli neraka walaupun dengan harga yang paling maksima, tetapi malangnya, tidak terdaya membeli syurga sedangkan harga syurga paling minima.

Semua amalan kebaikan tiada bererti jika di samping kebaikan, kejahatan dan kemungkaran masih dikekalkan. Minyak dan air tidak pernah bercantum. Allah memberi penjelasanNya di dalam firmanNya yang bermaksud: “…..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari melakukan perkara-perkara yang keji dan kemungkaran….” (al-‘Ankabut: 45).

Rasul s.a.w pula ada bersabda yang bermaksud: “Andaikata sembahyang seseorang kamu tidak dapat menghalang nafsu dari melakukan kemungkaran, maka sudah tidak memberi erti sembahyang yang dikerjakan itu”

Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain seperti puasa dan sebagainya. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan keji dan beramal pula dengan kekejian itu bukanlah Allah berhajat (untuk mendapatkan sesuatu) dari puasa seseorang kamu itu hanya meninggalkan makan dan minum (di waktu siang hari sahaja)”.

Terhadap golongan yang mendakwa bahawa setiap amalan baik boleh menghapuskan dosa kecil, memanglah benar. Tetapi jika kamu bertaubat dan merasa kesal terhadap sikap kamu yang lepas serta berjanji tidak akan mengulangi kembali, sedangkan kamu masih bersikap angkuh dan tidak mahu meninggalkan perkerjaan yang salah itu, ingatlah, amalan yang salah juga dapat menghilangkan pahala kebajikan. Ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam firmanNya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan RasulNya dan jangan kamu merosakkan pahala amalan kamu” (Muhammad: 33)

Benarlah apa yang dikatakan, setiap yang memiliki sertifikat masih ada yang jahil, iaitu mereka yang tidak mendapat hidayat dari Allah s.w.t. Dalam kurun kedua puluh ini, pembangunan material berkembang dengan pesat.

Boleh dikatakan harta benda adalah dacing timbangan manusia. Bagi golongan yang memliki keistimewaan tersebut, mereka membuat berbagai-bagai alasan, di mana lain mereka berkata dengan bangga: “Bermake-up juga adalah satu aspek yang perlu di zaman moden ini. Make-up adalah simbol ketamadunan di bidang pelajaran dan pembangunan. Wanita-wanita yang masih bertudung dan berpakaian menutup ‘aurat tidak sesuai lagi di zaman moden ini. Pakaian tersebut adalah lambang zaman primitif dan kolot”.

Tuduhan begini rupa adalah di luar kebenaran. Wanita-wanita Islam yang berpakaian menutup ‘aurat adalah wanita-wanita yang memahami ajaran Islam. Mereka bukan anti ketamadunan atau pro kepada zaman primitif seperti yang disangkakan, malahan inilah simbol keta’atan mereka terhadap suruhan Allah ‘Azzawajalla.

Jelas bagi kita, pesolek sebenarnya tidak mempunyai sifat malu. Sebagai bukti, kembali kita kepada masyarakat di zaman silam. Bukankah manusia di zaman itu berpakaian separuh bogel…? Kaum wanitanya pula mengambil bulu-bulu binatang dan ukiran-ukiran kayu untuk dijadikan bahan-bahan solek. Sisa-sisa kaum ini masih kedapatan lagi hingga sekarang. Andainya wanita kota berpakaian separuh bogel serta menggunakan alat make-up, di manakah pula jurang perbezaan di antara wanita-wanita kota dengan wanita-wanita primitif yang masih tinggal di hutan?

Pelan pakaian pada hemat saya adalah sama, cuma perbezaannya dari segi teknik dan fesyennya sahaja. Dari fakta-fakta ini semua, jelaslah bagi kita bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada mukminat yang menghayati Islam, sama sekali tidak berasas. Ibarat kata “meludah ke langit, timpa batang hidung sendiri”.

Kebanyakan wanita sekarang menganggap bahawa setiap yang diimport dari Barat, semuanya moden dan bertamadun. Lantas mereka menerima kesemuanya, walaupun perkara itu bercanggah dengan ajaran Islam yang murni tanpa mengkaji terlebih dahulu dengan panjang lebar. Tetapi kalau sesuatu perkara itu suruhan Allah, mereka merasakannya terlalu berat dan cuba menghabiskan masa dengan berdialog dan sebagainya.

Natijah ini semua, mereka sanggup berkata: “Kami tahu suruhan tersebut, tetapi kami tak sanggup menghadapi suasana sekeliling. Kemungkinan bertudung dan berpakaian menutup ‘aurat kami menjadi sasaran ejekan teman-teman, lagi pun cuaca bukankah panas…?”. Ke atas golongan ini, Allah telah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah, api neraka jahanam itu lebih panas jika mereka mengetahui” (al- Taubah: 81).

Duhai pemudi-pemudi Islam! Kenapa kamu sanggup menjadi pengikut yang pasif – pengikut yang memihak kepada majoriti semata-mata – tanpa menilai kebenaran dan kualiti. Harus kamu ingat, tidak pasti setiap kebenaran berada di pihak yang banyak.

Sebenarnya kamu telah ditipu oleh ketamadunan yang palsu. Lantaran kamu kurang pengetahuan agama dan lemah keimanan, sikap dan mental tidak seperti pelampung di permukaan air. Andainya angin menghembuskan ke Barat, ke Baratlah dia, jika angin ke Timur, ke Timurlah dia. Tetapi jika seorang yang keimanannya kukuh biarpun yang datang ribut taufan namun berganjak tidak sekali.

Terhadap mereka yang berkiblatkan Barat, bertuhankan harta benda (material) ingin disarankan di sini maksud-maksud Hadith Rasulullah s.a.w khasnya untuk mereka yang lalai sebagai pengajaran:

1. Siapa yang cintakan sesuatau bangsa, nescaya dia juga bersama-sama mereka di hari Mahsyar kelak.

2. Siapa yang mengikuti dan menyerupai sesuatu golongan manusia, bererti dia juga termasuk golongan itu.

3. Janganlah kamu hanya menjadi pengikut seperti berkata: “Saya memihak kepada golongan ini, jika mereka baik, saya juga tumpang mendapat kebaikan tersebut; jika mereka salah, saya juga bersalah”.

Jangan bersikap demikian, malahan pastikan diri kamu di pihak golongan yang benar. Jika mereka melakukan kesalahan juga, kamu mesti menjauhi mereka.

4. Masih ada di kalangan umatku yang berdiri di atas kebenaran. Mereka ini tak mungkin diperkotak-katikkan oleh suasana masa dan keadaan hingga dibangkitkan di akhirat kelak.