BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Saturday 28 March 2009

SELAMAT BERMUKTAMAR


SELAMAT BERMUKTAMAR


Muktamar Sanawi kali ke-76
PMRAM & HEWI PMRAM
25 & 26 Mac 2009
kepada:
Seluruh Ikhwah & Akhawat
Anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Friday 20 March 2009

SALAM TAKZIAH




Salam TAKZIAH


Saya selaku Presiden, mewakili seluruh ahli jawatankuasa kerja Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Pusat (ILMAM), mengucapkan salam TAKZIAH kepada seluruh keluarga Allahyarham Ustaz Haji Khairul Azhar bin Kamaruddin di atas kembalinya beliau ke Rahmatullah pada Malam Jumaat, lebih kurang jam 11.15 malam tadi. Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri Rahmat Allah taala. Aamiiin...al-Fatihah !

Friday 13 March 2009

INFO ILMAM NEGERI


Ikatan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar Mesir ( ILMAM ) WILAYAH PERSEKUTUAN


Ikatan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar Mesir( ILMAM ) WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2009 Dengan kerjasama PERSATUAN SERUAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR (JAMI'IYAH)

Jemputan Khas

Assalamualaikum.......

Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan/En/Cik
...................................................................

JEMPUTAN KE MAJLIS IKATAN LEPASAN MAHASISWA/WI AL-AZHAR MESIR

Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan/En/Cik adalah dijemput bagi menghadiri Majlis Ikatan Lepasan Mahasiswa/wi lepasan Al-Azhar dengan kerjasama Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (JAMI'IYAH) , khusus bagi bekas ahli Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur Mesir ( BKAKLM) / Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) / Lepasan Al-Azhar yang menetap di Wilayah Persekutuan atau yang berdekatan .

Butiran Majlis adalah seperti berikut :-

4 APRIL 2009 (SABTU)
Jam 9.00 pm
Bertempat di Pejabat JAMI'IYAH
No.25, lot 203, Jalan Rahman Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur.

( BERSEBELAHAN BANGGUNAN PERKIM dan BELAKANG BANGGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH, Jalan Ipoh )

Diharapkan dengan kehadiran Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan/En/Cik dapat menjayakan lagi majlis pada hari tersebut. Diharapkan kepada semua yang terlibat untuk e-mail biodata ringkas ke alamat mohd_dalan1983@yahoo.com atau sms 0133249376 sebelum 25 MAC 2009 .

NAMA
NO I/C
ALAMAT
NO TEL

* TOLONG HEBAHKAN KEPADA YANG LAIN
* SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN
* SEBARANG PERTANYAAN E-MAILKAN KEPADA mohd_dalan1983@yahoo.com atau hubungi Mohd Dahlan (0133249376)

"UKHUWAH SELAMANYA"

INFO ILMAM NEGERI


Program ILMAM Selangor


Selasa 10 februari 2009 - Badan kebajikan anak Selangor Mesir (BKASM) telah menganjurkan Seminar “Dakwah kontemporari” yang telah dijayakan dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Selangor.

Antara panel-panel yang terlibat dalam menjayakan seminar Selangor ini ialah Hajjah Wan Hasrina bt. Wan Hassan, yang merupakan Penasihat Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKEWANIS), Hajjah Mariam bt. Abd. Rashid Timbalan Pengarah BAKEWANIS dan Ustaz Mohd Fauzan b. Madzlan, Pengarah ILMAM Selangor.

Seminar Selangor “Dakwah Kontemporari’ ini dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran, dan diteruskan dengan Ucapan aluan Pengerusi Majlis. Kemudian, majlis disusuli ucapan Pengarah Seminar Selangor “Dakwah Kontemporari” serta ucapan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir. Seminar ini telah dirasmikan oleh Al-Fadil Ustaz Abdul Halim bin Saljadi, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor ke Mesir.

Setelah berakhirnya ucapan perasmian, seminar ini dimulakan dengan pembentangan kertas kerja pertama yang bertajuk Selangor Kini (Kesedaran dan kefahaman) yang disampaikan oleh Hajah Maryam binti Abd Rasyid. Antara pengisian yang terdapat dalam pembentangan kertas kerja ini ialah pentingnya peranan mahasiswa yang berlatar belakangkan pendidikan agama untuk berganding bahu bersama pemimpin demi menyampaikan seruan dakwah kepada segenap lapisan masyarakat. Tambah beliau lagi, mahasiswa Mesir perlu mempunyai kesedaran untuk bersama mengisi kemenangan di Selangor khususnya .

Seminar ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja yang kedua bertajuk Mahasiswa ke arah Selangor baru (Peranan dan cabaran) yang disampaikan oleh Hajjah Wan Hasrina bt Wan Hassan Penasihat BAKEWANIS. Dalam kertas kerjanya menyatakan tentang peranan mahasiswa kearah mengisi kemenangan . “Menjaga kemenangan itu lebih susah daripada mencapai kemenangan” katanya.

Menurut beliau tenaga-tenaga muda khususnya golongan mahasiswa mestilah dipersiapkan diri demi memenuhi keperluan ini supaya tidak menjadi lompang-lompang yang akan menjadi senjata kepada musuh untuk menjatuhkan kemenangan yang telah kita capai.

Antara tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh golongan mahasiswa adalah seperti menterjemah Kerajan Pakatan Rakyat dalam bentuk yang lebih realistik, menjadi agen penyumbang idea dan juga sebagai pembawa mesej untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat khususnya.

Sementara itu, conference with ILMAM live from Malaysia bersama Pengarah ILMAM Selangor ustaz Mohd Fauzan bin Madzlan. Dalam conference tersebut beliau menerangkan tentang fungsi ILMAM sebagai satu platform dan laluan kepada mahasiswa-mahasiswa lepasan Mesir untuk mencari lorong ke medan dakwah di tanah air.

Beliau juga menegaskan agar semua mahasiswa yang telah menamatkan pengajian dan pulang ke tanah air serta tidak menyepikan diri seterusnya mendaftarkan diri untuk menyertai ILMAM agar dapat bekerjasama dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

Diikuti oleh forum yang bertajuk Islam For All yang menampilkan panel-panel hebat tanahair iaitu Ustaz Harun Taib, Ustazah Wan Hasrina dan juga Ustazah Hajjah Mariam. Menurut Ustazah Wan Hasrina, kita sekarang menghadapi pelbagai cabaran; antaranya pihak media. Seharusnya dengan adanya saluran media banyak ruang yang boleh kita gunakan untuk menerangkan tentang Islam namun realitinya amat menyedihkan kerana ruangan itu amat terhad dan lebih kepada ruangan untuk hiburan menjadikan suasana agenda yang merosakkan dan program-program amal yang tidak bertepatan dengan ajaran Islam.

Ustazah Hajah Mariam pula menegaskan tentang strategi untuk berdepan dengan cabaran-cabaran. “Penglibatan semua golongan pemuda untuk menjalankan dakwah amatlah penting lebih-lebih lagi kepada pemuda pemudi mempunyai pendidikan agama yang faham dan mempunyai pemikiran yang baik dalam mencorak masa depan masyarakat. Ambillah contoh dakwah Rasulullah” ujarnya.

Menurut Ustaz Harun Taib, beliau menerangkan tentang slogan Islam For All dengan menyatakan bahawa Islam itu adalah agama yang syumul untuk semua manusia. Namun ketidaksempurnaan akal manusia itu yang menyebabklan manusia tidah dapat berfikir dengan baik. Justeru, manusia dituntut untuk menuntut ilmu dan diutuskan rasul untuk menyebarkan dakwah.

INFO ILMAM NEGERI



Liqo' ILMAM Terengganu 2008


06 Disember 2008 bersamaan 8 Zulhijjah 1429- Alhamdulillah sempat juga menghadiri seketika dan timbul tengelam Liqo' Siswazah Mesir yang di adakan di Maahad Tahfiz Tok Jiring semalam, yang kali ini sesi pemilihan ahli jawatankuasa baru ILMAM cawangan Terengganu bagi sesi 2009/2010 dilantik.

Mabruk buat sahabat jawatankuasa baru. Mudah-mudahan ahli jawatankuasa baru ini dapat memantapkan lagi perjalanan ILMAM agar objektif yang digarapkan dapat diilmamkan dengan jayanya.

Memandangkan telah bertambahnya siswazah/ graduan yang telah menamatkan pengajian di bumi kinanah yang sekarang ini sedang menjalankan kehidupan masing-masing yang bertebaran di seluruh negeri, maka diadakan suatu oraganisasi khusus yang mantap dan berpusat bagi menghimpunkan serta mengerakkan seluruh graduan lepasan Al-Azhar dan Mesir bagi melaksanakan gerak kerja Islam dengan lebih tersusun.

Maka ditubuhkan ILMAM( Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ) yang berpusat di Tingkat 03, Bangunan Akademi ar-Rashidin, Kuantan Pahang. Dan disusuli cawangan ILMAM di negeri-negeri.

Bagi Alumni lepasan mahasiswa Terengganu Mesir, sebenarnyanya telah lama ditubuhkan dengan berbagai-bagai nama dan sudah bergerak dengan sekadar termampu dengan nama yang terakhir ASMAT sehinggalah disatukan dengan satu nama mengikut pusat dalam majlis semalam serta dipilih secara rasmi ahli jawatankuasa bagi mengerakkan ILMAM cawangan Terengganu.

Mudah-mudahan didoakan agar ILMAM cawangan Terengganu berjalan dengan baik dan jayanya mengikut objektif yang digarapkan bagi menjadikan Islam dimertabatkan di Terengganu, Malaysia dan dunia amnya.

Monday 9 March 2009

SALAM MAULIDUR RASUL


Salam Maulidur Rasul


Salam pujian dan syukur kepada Allah taala yang mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada kita semua, solawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW, dan kepada ahli keluarga Baginda, serta para sahabat radhiallahu anhum.

Saya selaku peneraju kepada Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Pusat, mewakili semua ahli jawatankuasa ILMAM Pusat, dengan ini mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat, semua penduduk di Malaysia dan semua pelajar yang sedang menuntut ilmu di bumi Mesir.

Semoga dengan sambutan yang kira raikan tahun ini, menambahbaikkan lagi amalan kita dan ibadat serta fahaman dan aqidah ke arah yang lebih sempurna. Tidak lupa kepada amalan sunnah kita. Janganlah kita turut sekali beramal atau melakukan amalan-amalan yang sengaja diludahkan oleh musuh Islam Yahudi laknatullah dan proksinya untuk melihat Islam lemah dan kita lemah jua.

Akhirnya, tingkatlah amalan dan ibadat kita tanda sayangnya kita kepada Islam dan Baginda Nabi Sollalhu alaihi wasallam.