BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Monday 5 July 2010

PENARAFAN SUMBANGAN KEPADA PENGORBANAN


Firman Allah swt. :


انفروا خفافا و ثفالا و جهدوا بأموالكم و أنفسكم في سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون

at - Taubah : 41

Segeralah ( menuju medan juang ) samada dalam keadaan ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta benda kamu dan jiwa raga kamu di jalan Allah. Sedemikian itu adalah suatu yang terbaik bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti .

Ayat di atas adalah satu arahan agar setiap individu yang mengaku beriman agar turun ke medan untuk berjuang dan berjihad, biarpun mengalami kesukaran dan kepayahan tanpa lengah. Mengorbankan harta benda ( wang ringgit / emas perak ) kamu serta jiwa raga ( tenaga , masa , darah & nyawa ) .

Mungkin sebahagian dari ummat Islam akan menganggap, penglibatan atau pembabitan diri dalam perjuangan Islam ini adalah suatu yang merugikan justeru risikonya terlalu tinggi. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Syeikhul Islam Imam Taqiyyudin ( Imam Ibnu Taimiyyah ) ketika menafsirkan ayat 40 dari Surah al Anfaal , bahawa implikasi perjuangan atau risiko yang akan dilalui oleh pejuang - pejuang Islam di sepanjang zaman ialah sebagaimana yang dilalui oleh Rasulullah saw. iaitu :

- Penjara
- Bunuh
- Buang daerah


Ya! Begitulah pandangan sebahagian dari ummat Islam , yang lebih selesa berada di rumah bersama anak dan isteri, berdepan pula dengan kaca televisyen tanpa memperdulikan lagi apa yang sedang menimpa ummah , apatah lagi untuk memperjuangkannya.

- FENOMENA BERJUANG SEKADAR MAMPU

Sebahagiannya pula mahu berjuang tetapi sering menyebut bahawa ia akan berjuang sekadar mampu .

Pada pengamatan saya, membentuk sikap dan prinsip berjuang sekadar mampu ini akan meletakkan kita selama-lamanya berjuang di bawah tahap kemampuan .

Apapun, saya ucapkan syabas kepada mereka justeru mereka masih mahu berjuang . Cuma apa yang saya mahu tegaskan di sini ialah:

Semua tindakan mereka yang berada di bawah tahap kemampuan itu bukanlah pengorbanan tetapi hanya satu sumbangan yang diberikan kepada perjuangan .

Inilah topik yang ingin saya ketengahkan kali ini, agar kita menaik taraf dari menyumbang kepada berkorban. Terutama kepada mereka yang telah lama bersama Gerakan islam ini. Mereka mesti dinaik taraf dari sumbangan kepada Pengorbanan .

Ya lah! Kalau kita lihat di sekeliling kita seperti jalan, boleh dikatakan terlalu banyak jalan setelah melalui tempoh tertentu akan dinaik taraf, dari jalan menjadi jalanraya dan kemudian menjadi Lebuhraya .

Tak kan lah, kita yang sekian lama bersama Gerakan Islam ini masih berada di takuk lama. Enggan naik taraf. Soalnya sampai bila kita hanya mahu jadi penyumbang tanpa ada apa apa yang terkorban pada diri kita untuk Islam yang suci ini .

Kalau jalanraya naik taraf, saya tidak nampak kenapa kita seorang manusia yang menyertai Gerakan Islam ini enggan naik taraf, sementelah pula Gerakan Islam yang sifatnya berGERAK , senantiasa pula berhadapan dengan cabaran-cabaran baru yang lebih getir dan perit, sangat memerlukan seorang pejuang yang dinamis bukan pejuang yang statis.

- Rajah 1 : Harta

Sebagai contoh kita mempunyai RM 100.00, RM 20.00 daripadanya adalah untuk membiayai keperluan asas. Berbaki RM 80.00 adalah kemampuan harta yang kita miliki .

Ketika perjuangan Islam ini memerlukan dana harta bagi menggerakkan perjuangannya, kita dengan prinsip “berjuang sekadar mampu” akan memberi pada kadar tidak melebihi RM 80.00.

Ada yang memberi RM 5.00 dari RM 80.00, begitulah juga ada yang memberi hanya RM 1.00 dari RM 80.00 dan ada juga yang memberi pada RM 75.00 dari RM 80.00.

Tetapi apa yang pasti, kita tidak akan memberi lebih dari RM 80.00 kerana itulah siling bagi kemampuan harta kita. Sementara kita berpegang dengan prinsip “berjuang sekadar mampu” .

Rajah 1 ini menunjukkan kita senantiasa berada di bawah tahap kemampuan ( RM 80.00 ), kerana kita tidak akan memberi lebih dari RM 80.00 justeru ia telah melepasi garis kemampuan kita .

Maka tindakan memberi pada tahap “bawah kemampuan” inilah yang saya takrifkan sebagai sumbangan bukan pengorbanan .

Manakan tidak, Pengorbanan ertinya kita berkorban dan apabila kita berkorban, nescaya kita terkorban. Persoalannya, adakah kita terkorban dengan “hilang”nya RM 1.00 atau RM 5.00 dari RM 80.00 yang kita ada?

Jawabnya tentu sahaja TIDAK !

Maka ia bukanlah pengorbanan tetapi sumbangan yang kita berikan kepada Islam. Kita telah menyumbang RM 1.00 atau RM 5.00 bukan kita telah berkorban RM 1.00 atau RM 5.00 .

- Pengorbanan Harta

Pengorbanan hanya berlaku apabila kita memberi pada kadar melepasi garis kemampuan .

Kita mempunyai baki wang sebanyak RM 80.00 setelah kita asingkan sejumlah wang untuk membiayai keperluan asas sehari iaitu RM 20.00 .

Tatkala keperluan perjuangan Islam ini diisytiharkan oleh Jamaah Islam dan pimpinannya demi menggerakkan misi dan visi yang telah digaris berasaskan pelan tindakan strategic, maka kita memberi RM 90.00 dengan maksud 10.00 ringgit melepasi siling kemampuan kita.( RM 80.00 )

Saat itulah, kita telah berkorban. Kita telah mengorbankan wang kita dan kita rasa terkorban kerana sepatutnya kita boleh melengkapkan keperluan asas kita pada hari itu , tetapi segalanya terkorban dikala kita membelanjakan keperluan asas kita untuk Islam.

Kesimpulannya, pengorbanan itu berlaku apabila kita memberi pada tahap melepasi garis kemampuan dan kita tidak lagi berjuang sekadar mampu .

- Rajah 2 : Jiwa

Berasaskan prinsip “berjuang sekadar mampu” maka kita akan berjuang selama mana kita rasa jasad dan nyawa kita selamat . Sebab “hidup/hayah” itu adalah siling kemampuan kita .

Kita tidak akan berjuang melepasi garis kemampuan (hidup) lantaran prinsip kita adalah berjuang hanya sekadar mampu.

Peringkat ini, biar apa pun berlaku(Islam dihina, murtad dsbnya ) kita tidak akan mempertaruhkan darah dan nyawa untuk perjuangan. Kerana itu telah berada di luar garis kemampuan kita.

Biasa kita dengar, orang kata : “minta maaflah, kalau sampai mati ke diri! saya tak sanggup untuk berdepan” …

“demontrasi tu nanti, ada FRU datang ker? kalau ada FRU saya tak nak pergi lah! ….

“ceramah malam ni ada permit tak? kalau tak permit nanti polis dan FRU datang serbu, saya tak berani ! …..

Ucapan itu adalah manifestasi dari prinsip “berjuang sekadar mampu” dan kalau kita juga mempunyai prinsip yang sama, maka itulah standard kita .

Kita mungkin mahu berjuang malah bersemangat seperti menghadhiri usrah, tamrin, mesyuarat dsbnya, tetapi selama mana ia berada di bawah tahap kemampuan. Iaitu jasad dan nyawa kita selamat .

Justeru itu, apa yang kita berikan selama ini adalah sumbangan. Kita menyumbang masa dan tenaga kita untuk perjuangan. Belum ada apa apa yang terkorban dari kita. Darah tidak terkorban , demikian juga nyawa kita tidak terkorban .

- Pengorbanan Jiwa

Apabila kita melepasi garis kemampuan dengan maksud kita berjuang sampai mengalir darah dan melayang nyawa demi Islam, barulah dinamakan pengorbanan. Di mana ia telah mengorbankan darah dan nyawanya.

Bolehlah dikiaskan kaedah ini kepada contoh–contoh yang lain seperti menyumbang masa dengan mengorbankan masa, menyumbang tenaga dengan mengorbankan tenaga.

Ringkasnya, kita hanya “menyumbang masa” apabila kita hanya berjuang sewaktu masa kita lapang dan rehat. Sebaliknya kita “mengorbankan masa” kita apabila kita berjuang melewati waktu tidur dan rehat kita .

Sementara menyumbang tenaga pula apabila kita berjuang di bawah tahap kemampuan kita, iaitu selama mana kita sihat dan gagah. Tiada apa yang terkorban, apabila kita memberi tenaga kita untuk perjuangan ini selama mana kita sihat dan gagah.

Kita hanya berkorban apabila kita memberi tenaga kita buat perjuangan ini dalam keadaan kita sakit dan tidak bersemangat. kala itu , kita telah melepasi tahap kemampuan kita.

Penjelasan kaedah ini untuk menarafkan sumbangan kepada Pengorbanan mungkin lebih difahami seandainya saya menjelaskannya dalam bentuk gambar rajah .

Apa pun saya percaya ianya mudah . Point penting yang ingin saya fokuskan ialah perlunya kita sebagai anggota Gerakan Islam meningkatkan prestasi kita dari menyumbang kepada pengorbanan .

- Kesimpulan

Sekadar Mampu = Sumbangan

Setiap yang dilakukan dalam kitaran kemampuan kita hanya merupakan sumbangan kita justeru ia tidak mengorbankan apa–apa dari kita.

Melepasi Garis Kemampuan = Pengorbanan

Apabila kita bertindak mengatasi tahap kemampuan, itu bermakna satu pengorbanan justeru kita telah terkorban akibat tindakan tersebut .

Penarafan sumbangan kepada Pengorbanan boleh dibantu oleh pembentukan sikap seperti berikut :

1-Tidak sekadar memberi pada tahap yang tidak boleh dihayati dan dirasai kehilangannya.

2-Tidak menghitung jumlah yang diberi sebaliknya melihat kepada nilai kualiti pemberian.

3-Tidak pernah berpuas hati terhadap apa yang telah diberi sebaliknya senantiasa menambah
.