BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Thursday 28 May 2009

SOAL JAWAB AGAMA: BERKASIH SAYANG


Berkasih Sayang Kerana Allah


Soalan: Bagaimanakah bercinta dan berkasih sayang kerana Allah? Nik Fasdi, Tokyo

Jawapan: Banyak hadith yang meriwayatkan tentang keutamaan persaudaraan kerana Allah dan kedudukan yang tinggi bagi mereka yang menjalin persaudaraan kerana Allah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga, tidak condong suatu apapun dalam amalannya".

Berkata Abu Idris Al Khaulani kepada Muaz bin Jabal: "Sesungguhnya aku mencintai anda kerana Allah". Maka Muaz berkata: "Sampaikanlah berita gembira dan bergembiralah.

Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: "Suatu kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arsy pada hari Qiamat, wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul qadar, waktu itu manusia terkejut padahal mereka tidak merasa terkejut, dan manusia takut padahal mereka tidak merasa takut, mereka itu adalah Auliya Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir". Kemudian aku (Muaz) bertanya: "Siapakah mereka itu ya Rasulullah ?" Baginda menjawab: "Mereka adalah yang berkasih sayang kerana Allah".(Riwayat Ahmad dan Hakim)

Persaudaraan dan kasih sayang kerana Allah ini adalah didirikan kerana ingin menegakkan kalimah Allah dan meninggikan Asma Allah. Mereka berjumpa kerana menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Mereka mengutamakan kesejahteraan kaum muslimin daripada dirinya sendiri, dan menjaga hubungan persaudaraan itu dengan akhlak yang mulia. Jika konsep persaudaraan kerana Allah ini dapat dilaksanakan oleh umat Islam seluruhnya maka bahagialah umat ini hingga akhir hayat.

Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.

Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)

SOAL JAWAB AGAMA: SUSUAN


Berkahwin Dengan Suami Ibu Susuan


Soalan : Apakah hukumnya seorang perempuan itu berkahwin dengan suami ibu susunya dalam keadaan berikut:

1. Si ibu susu dan suaminya masih berkahwin?
2. Si ibu susu dan suaminya sudahpun bercerai?


Jawapan: Diharamkan kahwin kerana susuan sebagaimana haramnya kerana nasab. Inilah pandangan jumhur ulamak berdasarkan ayat 23 anNisa'. Wanita itu telah menjadi anak susuan bagi lelaki itu. Ia haram berkahwin semasa ibu susu masih berkahwin atau sudah cerai.

Imam Muhammad Abduh dalam Tafsir al Manar menjelaskan tujuan diharamkan pernikahan itu ialah memelihara hubungan kebapaan dan anak susuan yang sudah dijalin dengan halus. Si bapa susuan telah melihat anak susuannya seperti anaknya darah dagingnya sendiri dan ia melihat anak itu sebagai sandarannya di masa depan. Anak susuan pula melihat jasa ayah susuannya dan amat berhutang budi kepadanya. Inilah hikmah diharamkan perkahwinan antara anak susuan dengan suami ibu susuannya.


Rujukan:

1. Imam Muhammad Abduh, Tafsir al Manar
2. Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah

Tuesday 26 May 2009

SOAL JAWAB AGAMA


Batas Aurat


Soalan:

Dari pemerhatian saya, ramai daripada kalangan kita yang tidak mengendahkan larangan bersalaman tanpa alas dengan yang bukan muhrim. Apa yang menghairankan. Mereka yang melakukan perkara ini adalah mereka yang wara' dan alim. Contohnya para ustaz & imam-imam. Yang paling ketara ialah bersalam dengan ipar, anak saudara sebelah pasangan dan sepupu. Mungkin kerana dirasakan seperti keluarga dan tanpa niat. Bolehkah kita menerima hakikat ini dan adakah ianya dibenarkan? Begitu juga dengan larangan menutup aurat yang dipandang ringan di kalangan ipar dan saudara-mara. Harap dapat penjelasan. (Fatimah, KL)


Jawapan:

Dalam Islam telah menggariskan ketentuan tentang batas aurat ini, tidak kiralah siapa orang itu, jika ia bertentangan dengan ketentuan Islam maka hukumnya tetap berdosa. Dalam Surah An-Nur ayat 31 ada dijelaskan tentang muhrim yang membolehkan mereka menampakkan perhiasan mereka. Untuk lebih jelas sila rujuk surah An-Nur ayat 31 ataupun rujuk soalan yang telah lalu yang telah ditanya. Mengenai menutup aurat dengan ipar telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa ipar itu adalah maut. Maksud maut di sini adalah bahaya yang sangat besar yang akan terjadi jika pergaulan di antara mereka tidak diatur sesuai dengan tuntunan Islam.

SOAL JAWAB AGAMA


Aurat Wanita


Soalan:

1.Setakat mana Aurat antara orang bukan Islam(perempuan) dan orang Islam (perempuan)?

2.Hukum bersentuh kulit antara orang bukan Islam(perempuan) dan orang Islam (perempuan).


Jawapan

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat. Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `au Nisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah an-Nuur (24). Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "au nisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita di hadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar al-Khattab RA kepada Gabenurnya, Abu Ubaidah al-Jarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326) beliau berpendapat maksud `au nisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.


2. Hukum bersentuh kulit wanita Islam dan bukan Islam. Firman Allah taala yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.." (at-Taubah: 29).

Jumhur ahli Feqah mengatakan orang musyrik tidak najis, cuma najis maknawi (batinnya saja yang kotor dengan menyenkutukan Allah, namun fizikalnya adalah suci (Imam Ibn Qudamah al-Hanbali, alMughny, Jld 1, ms 45-46.

Oleh itu tidak apa-apa bersentuhan kulit antara wanita islam dan bukan Islam.

Thursday 21 May 2009

SOAL JAWAB AGAMA



Aurat Abang Ipar dengan Adik Ipar


Soalan: Bagaimanakah aurat di antara abang ipar dan adik ipar? Hashimah, KL

Jawapan: Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)

Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.

Wednesday 20 May 2009

APAKAH MAKSUD NAFKAH ZAHIR


Apakah Maksud Nafkah Zahir

Dari segi nafkah zahir, apakah yang dimaskudkan dengan nafkah zahir? Adakah dengan membayar segala bill perumahan itu dikatakan nafkah zahir tanpa memberi wang kepada si isteri?

Jawapan

Ahli ilmu dahulu dan sekarang telah bersepakat mengatakan bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isterinya selama tidak nusyuz.

Termasuk yang tidak wajib diberi nafkah ialah isteri yang keluar bekerja tanpa keizinan suami.

Jumhur ulamak berpendapat bahawa nafkah isteri (nafkah zahir) ialah segala keperluan hidup, seperti tempat tinggal, makan dan pakai. Anggarannya adalah berdasarkan kepada kebiasaan satu-satu negeri dan zamannya. Juga berdasarkan kepada kemampuan suami, susah atau senang.

Masalah: Jika seorang isteri tinggal bersama suaminya, dan tidak mendapat keperluan yang mencukupi kerana kebakhilan suami, bukan kerana kemiskinannya, maka isteri boleh mengambil wang suami tanpa izinnya sekadar yang mencukupi. Tidak boleh berlebih-lebihan.

Dasarnya ialah hadis riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Nasa’I dari Aisyah mengenai pengaduan Hindun tentang kebakhilan Abu Sufian yang tidak memberinya nafkah yang mencukupi. Lalu Rasulullah s.a.w. mengarahkan Hindun mengambil harta suaminya sekadar yang perlu untuk dirinya dan anaknya.

Dr. Wahbah al-Zuhaili menyenaraikan: 1 . Makan minum 2 . Pakaian 3 . Tempat tinggal 4 . Pembantu/khadam/orang gaji. Ulamak bersepakat tentang kewajipannya bagi suami yang punya keluasan harta. 5 . Peralatan dapur, pembersih dsbnya.

Pembayaran bil bulanan termasuk api dan air adalah sebahagian dari keperluan asas zaman sekarang.

"…tanpa memberi wang kepada si isteri?", apakah yang puan maksudkan dengan `wang’ di sini. Apakah ia wang keperluan (dengan maksud nafkah) atau wang saku?

Jika `wang’ yang dimaksudkan itu adalah untuk keperluan sebagai ganti dari barang keperluan dapur, atau ganti dari wang perkhidmatan, atau sebagainya, maka suami wajib beri pada isteri.

Jika `wang’ yang dimaksudkan itu adalah wang saku, suami tidak wajib beri. Ia adalah pemberian di luar kewajipannya. Dan satu kebajikan kepada isteri. Wang saku ialah wang yang diberikan setelah semua keperluan nafkah isteri dicukupkan. Wang ini adalah untuk simpanan, membeli sesuatu di luar dari kategori nafkah. Untuk kesenangan, bukan keperluan.

Sekian, Wallahu a’lam.

DOA KEPADA IBUBAPA


Anak Yang Mendoakan Kedua Ibu Bapa

Soalan: Selepas sembahyang saya selalu mengsedekahkan doa al-Fatihah buat arwah ayah saya, dan buat ibu saya juga yang masih ada. Persolannya...Adakah kita mengsedekahkan al-Fatihah itu untuk mereka yang telah tiada sahaja!? Mohd. Haris ,Ipoh

Jawapan: Anak yang soleh memang berkewajipan mendoakan kedua ibu bapanya samada ia sudah meninggal dunia mahupun ketika keduanya masih hidup. Membaca al-Fatihah untuk dikirimkan sebagai 'doa' (usah guna istilah 'sedekah') kepada kedua ibu bapa juga sama nilainya dengan mendoakan kebaikan untuk keduanya, kerana demikianlah selayaknya yang harus dilakukan oleh seorang anak. Adalah baiknya mendoakan kepada kedua ibubapa kita dengan doa yang Allah taala ajarkan dalam al-Quran yang bermaksud: "Ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka merahmati aku ketika aku kecil". ( Surah al-Isra', ayat 24 )

Thursday 14 May 2009

SOAL JAWAB AGAMA


'Anak'

Soalan: Saya sekarang mengandungkan anak kedua kami. Anak kami yang pertama baru berusia 6 bulan dan sekarang ini saya sedang mengandung dua bulan, anak kedua kami.

Masalah saya ialah, adakah saya berdosa apabila menyatakan anak yang dikandung sekarang ini secara kebetulan sahaja dan tidak berniat untuk mengandung lagi. Maksud saya, saya tidak mahu anak lagi buat masa ini memandangkan anak kami kecil lagi. Tolonglah saya... Hamba Allah...


Jawapan: Anak adalah salah satu rahmat dan nikmat yang Allah anugerahkan kepada setiap manusia, menolak nikmat yang Allah berikan kepada kita adalah berdosa kerana memungkiri fitrah yang telah Allah tetapkan.

Allah SWT berfirman dalam surah Al Kahfi ayat 46 maksudnya: "Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan ini..."Maksud perhiasan dalam ayat ini adalah memberikan keindahan kalau dilihat, rasa kebanggaan bagi yang memilikinya serta memberikan penghargaan dan penghormatan bagi pemiliknya.

Sama ada kita berniat atau tidak berniat untuk mengandung, ia merupakan ketentuan Allah yang wajib kita syukuri kemudian berdoa agar kandungan kita sentiasa dalam keadaan sihat, dengan cara ini kita tergolong insan yang bersyukur dengan rahmatNya. Kerana manusia tidak mengetahui bahawa dalam sesuatu yang tidak ia sukai itu terkandung nilai dan manfaat yang banyak untuk dirinya. Janganlah mementingkan pekerjaan daripada sesuatu yang lebih besar iaitu rahmat Allah.

Banyakkan amalan ketika ini agar keresahan dan kesukaran dilapangkan Allah SWT. Bacalah doa mohon rahmat terkandung dalam surah Ali Imran, ayat 8-9. Doa untuk mendapat zuriat yang soleh, surah Ali Imran, ayat 38. Doa agar keturunan tetap mengerjakan solat, surah Ibrahim, ayat 40 dan 41 serta doa-doa lainnya. Hanya dengan mendekatkan diri kepadaNya segala kebimbangan dan keresahan hidup kita hilang.

Wallahu 'alam

SOAL JAWAB AGAMA


Air Mani Wanita

Saya nak dapatkan kepastian adakah wanita mempunyai air mani yang menyebabkan mandi wajib seperti lelaki walaupun tidak bersetubuh?

Jawapan

Junub dalam bahasa Arab bermaksud orang yang diwajibkan untuk mandi kerana telah melakukan persetubuhan atau keluar mani daripadanya; ia meliputi lelaki dan wanita.

Wanita juga mengeluarkan mani. Dalil: Hadis rawi Ummul mukminin Ummu Salamah yang berkata: Ummu Sulaim (isteri Abu Talhah RA) datang kepada RasuluLlah saw seraya bertanya: "Wahai RasuluLlah, sesungguhnya Allah swt tidak malu menyatakan al hak, apakah seorang wanita diwajibkan untuk mandi ketika dia bermimpi?" Maka RasuluLlah saw bersabda: " Ya, kalau dia melihat air." (kitab Fathul Baari, Jld 1, ms 388)

Manakala dalam versi Muslim, menambah pertanyaan Ummu Sulaim: "Wahai RasuluLlah, apakah wanita juga bermimpi? Lantas baginda mnjawab: " Berbahagialah engkau, lalu dengan apa anaknya menyerupainya." (maksudnya sama saja lelaki dan wanita, mereka bermimpi dan mengeluarkan mani..)

Inilah pendapat umum para fuqaha' berpendapat, wanita juga bermimpi sepertinya kaum lelaki dan mengeluarkan mani. (Rujukan: Prof Dr Abdul Karim Zaidan, al Mufassal)

Tambahan: Kajian Seksologi Barat telah secara pasti membuktikan wanita juga mengeluarkan air mani apabila mencapai klimaks.

Friday 1 May 2009

MESYUARAT ILMAM PUSAT

Sekitar Mesyuarat Induk ILMAM Pusat Kali ke-5