Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi
Soalan:
Apakah hukum jika seseorang wanita itu memakai minyak wangi ketika keluar berjalan-jalan(bersiar-siar), kawan saya mengatakan yang dia telah terbaca suatu buku yang mengatakan haram kerana boleh menimbulkan pelbagai fitnah terhadap wanita tersebut?
Tamimi, Batu Caves
Jawapan:
Memang benar bagi wanita yang keluar rumah memakai harum-haruman hukumnya haram, kerana dapat menimbulkan fitnah, ertinya menyebabkan lelaki lain tertarik kepadanya.
Wanita yang berhias diri seperti memakai wangian, lipstik dan sebagainya ketika ke luar rumah hukumnya berdosa, tak kiralah bulan biasa ataupun bulan Ramadhan. Kerana perbuatan seperti itu hanya dilakukan oleh wanita-wanita pada zaman jahiliyah. Namun berhias untuk menyenangkan hati suami, wajib hukumnya, itupun hindarkan memakainya ketika di siang bulan Ramadhan.
2 comments:
Harap tuan jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan fitnah kerana ia perkataan yang sangat subjektif dan luas maksudnya.
Dikhuatiri fitnah dijadikan sebagai alasan untuk mengharamkan banyak perkara sedangkan ia masih lagi dibenarkan.
sekecil2 fitnah yg blh timbul dlm konteks ini ialah:
Sabda Nabi S.A.W:
"يا علي لا تتبع النظرة النظرة فإنما لك الأولى وليست لك الثانية" رواه الترمذي
"Wahai 'Ali jgnlah kau turutkan satu pndngn dgn pndngn yg lain, sesungguhnya pndngn yg pertama dibolehkan, tetapi yg kedua/seterusnya tidak." -hdith rwyt Tirmizi
Post a Comment