PENUBUHAN ILMAM : SATU IKATAN MAHASISWA TIMUR TENGAH;
ARAU, 2 DISEMBER 2009 - Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan menerima mengadap beberapa wakil alumni Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) di Galeri DiRaja, Istana Arau, Perlis. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis berkenan mendengar penerangan berkaitan penubuhan ILMAM bagi Negeri Perlis. Rombongan mengadap DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah diketuai oleh Ustaz Syed Taareg Saggaf, selaku Pengerusi Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Negeri Perlis bersama 4 orang ahli jawatankuasa yang telah dilantik di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan ILMAM Perlis sebelum ini. ILMAM Malaysia telah didaftarkan sebagai sebuah NGO dengan Pendaftar Pesuruhjaya Angkat Sumpah.
Di dalam pertemuan tersebut, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis bertitah melahirkan rasa sukacita di atas inisiatif untuk mewujudkan satu alumni bagi bekas pelajar di Bumi Mesir. Baginda melihat penubuhan ILMAM akan menjadi satu landasan dan medium untuk alumni pelajar Mesir mengadakan pertemuan bagi menyambung kesinambungan ikatan persahabatan di samping dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat di Negeri Perlis khususnya. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis juga telah menyampaikan beberapa nasihat dan perkongsian untuk lebih memantapkan gerakerja ILMAM Perlis agar ia tampak lebih Ideal dan berperanan dengan lebih baik.
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merupakan Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pernah beberapa kali mengadakan lawatan ke Bumi Mesir dan berkenan mengadakan pertemuan bersama mahasiswa Perlis di Mesir. Terbaru, Baginda beserta pembesar negeri dan ahli MAIPs termasuk Prof. Madya Dato' Alim Setia Ahmad Bin Jusoh, Rektor IPTIPs telah mengadakan pertemuan dengan para mahasiswa Perlis di Mesir pada 10 Oktober yang lalu.
Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor, Setiausaha Hal Ehwal Pelajar (SU HEP) IPTIPs telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Ikatan Mahasiswa Mesir Perlis. Semoga dengan tertubuhnya ILMAM Perlis akan memberi peluang kepada bekas-bekas pelajar IPTIPs yang pernah belajar di Bumi Mesir untuk memberikan sumbangan untuk Negeri Perlis yang tercinta ini.

No comments:
Post a Comment