MUQADDIMAH
Islam melalui syariat yang dibawa oleh Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berdasarkan wahyu dari Allah Subhanahu wa Ta’ala telah meletakkan lelaki dan perempuan pada kedudukan mereka yang tersendiri. Syariat Islam telah menggariskan bahawa ada sebahagian hukum yang mesti dilakukan oleh semua orang yang beragama Islam tidak kira lelaki atau perempuan, dan sebahagiannya pula adalah dikhususkan mengikut jantina, terutamanya dalam ibadah seorang hamba kepada Penciptanya. Suruhan menunaikan fardhu solat di dalam Al-Baqarah adalah dengan lafaz umum :
Maksudnya :
Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku'. ( Surah Al-Baqarah, ayat 43.
Bagaimanakah cara menunaikannya? Maka datanglah hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam untuk menerangkan dan memperincikan kaifiyyah (cara) mengerjakannya, samada yang diriwayatkan para Sahabat radhiallahu’anhum melalui pengamatan mereka terhadap solat yang dikerjakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, ataupun yang diajarkan sendiri oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melalui lisannya.
PERSOALAN
Apakah hukum percampuran lelaki dan perempuan dalam satu saf semasa solat hari raya?
PERBAHASAN
Sebelum menjawab persoalan ini, ada beberapa andaian terhadap bentuk percampuran yang boleh digambarkan daripada persoalan yang dilontarkan kerana umumnya lafaz percampuran itu :
1) Lelaki dan perempuan bercampur dalam satu saf secara mutlak samada secara berselangan lelaki dan perempuan, atau beberapa lelaki diselangi perempuan dan disambung semula dengan lelaki atau sebaliknya.
2) Saf itu dibahagi dua dengan sebelah kanan imam diambil oleh ma’mum lelaki dan sebelah kiri imam di ambil oleh ma’mum perempuan dalam keadaan tanpa hijab (penghadang) antara keduanya.
3) Seperti situasi kedua, tetapi dengan ada hijab di antara keduanya.
4) Seorang atau sekumpulan perempuan yang datang untuk solat berjemaah, tetapi tidak mendapati ruang kosong di tempat solat perempuan melainkan saf terakhir pada jemaah lelaki lalu mereka menyambung saf lelaki berkenaan dengan berdiri di sebelah mereka.
5) Binaan masjid yang menempatkan tempat solat perempuan dalam saf lelaki dan yang memisahkan antara ma’mum lelaki dan perempuan hanyalah tirai, hijab atau seumpamanya.
Terdapat kemungkinan di sana ada beberapa situasi lagi yang memungkinkan untuk percampuran ini berlaku, namun apa pun situasinya, setiap orang yang beragama Islam harus ada pengetahuan tentang kedudukan imam dan ma’mum dalam solat yang didirikan secara berjemaah tidak kira ia adalah solat sunat hari raya, solat-solat sunat selainnya yang dikerjakan berjemaah, atau solat fardhu lima waktu itu sendiri. Berikut adalah beberapa riwayat dari hadith Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tentang susunan saf ma’mum dalam solat berjemaah :
1) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada para Sahabat radhiallahu’anhum tentang golongan yang patut didahulukan di saf hadapan selepas imam.
Mafhumnya : Hendaklah mengikutiku(berdiri membentuk saf di belakang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam) golongan baligh dan berakal dalam kalangan kalian(para Sahabat radhialllahu ‘anhum), kemudian golongan yang mengikuti mereka, kemudian golongan yang mengikuti mereka, kemudian golongan yang mengikuti mereka.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadith ini telah memulakan sabdanya dengan lafaz amar (kata kerja suruhan) iaitu lafaz ليليني . Ilmu Usul Fiqh (ilmu bagaimana mengeluarkan hukum dari suatu dalil) telah menetapkan bahawa kata kerja berbentuk suruhan boleh membawa kepada tiga hukum samada wajib, sunat atau harus. Ulamak ummah sepakat bahawa perintah untuk menyusun saf mengikut susunan ini adalah mustahab (sunat) seperti yang disebut oleh Imam Nawawi radhiallahu’anhu. Susunan safnya adalah seperti berikut :
1.1) Golongan yang akan membentuk saf di belakang imam terlebih dahulu adalah golongan lelaki baligh lagi berakal. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengulangkan lafaz “kemudian golongan yang mengikuti mereka” sebanyak tiga kali sebagai dalil bahawa ada susunan khusus terhadap saf di dalam solat mengikut golongan manusia. Ada empat golongan seperti yang disebut oleh Imam Nawawi radhiallahu’anhu iaitu golongan lelaki berakal, kanak-kanak, khunsa(mempunyai dua jantina), dan perempuan.
1.2) Golongan kedua selepas saf lelaki adalah saf kanak-kanak, berdasarkan hadith Abu Malik al-Asy’ari radhiallahu’anhu apabila menyifatkan ciri solat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam :
Mafhumnya : Tidakkah aku menceritakan kepada kalian perihal solat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selesai membacakan iqamat, kemudian golongan lelaki akan membentuk saf (di belakang Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam) dan golongan kanak-kanak pula membentuk saf di belakang mereka, kemudian barulah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersolat bersama mereka semua.
1.3) Golongan ketiga di belakang saf kanak-kanak adalah saf khunsa andai wujud dan dikenal-pasti seperti yang disebut oleh Abu Ishak asy-Syirazi radhiallahu’anhu bahawa golongan ini tidak berdiri satu saf bersama ma’mum lelaki kerana mereka boleh menjadi perempuan.
1.4) Golongan keempat di belakang saf khunsa (jika ada) adalah golongan perempuan, berdasarkan hadtih Sayyiduna Anas radhiallahu’anhu :
Mafhumnya : Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berdiri (untuk mengerjakan solat), dan daku bersama seorang anak yatim membentuk satu saf di belakang Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam, dan ibuku (membentuk saf berseorangan) di belakang kami, kemudian barulah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersolat dua rakaat bersama kami.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya :
dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).( Surah An-Najm, ayat 3 dan 4 ).
6) Ayat ini menegaskan bahawa Rasulullah sallalahu ‘alaihi wasallam tidak sesekali menuturkan sesuatu mengikut kehendak nafsu mahupun sembarangan, bahkan sesungguhnya ia adalah berdasarkan apa yang diwahyukan ke atas Baginda sallahu ‘alaihi wasallam. Maka, susunan perempuan di saf akhir dan tidak bercampur dengan lelaki dalam satu saf sebenarnya adalah suruhan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Suruhan ini dikukuhkan lagi dengan kalam Sayyiduna Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu yang menyebut :
Mafhumnya : Tempatkanlah kaum perempuan itu di akhir(saf terakhir di belakang ma’mum lelaki) seperti mana Allah Subhanahu wa Ta’ala menetapkan mereka di akhir(susunan saf mereka di belakang ma’mum lelaki).
Riwayat ini dimulakan dengan kata suruhan أخروهن. Setiap kata suruhan mesti ada orang di arah. Imam Abu Muhammad al-‘Aini radhiallahu’anhu menyebut, orang yang diarah untuk melakukan tugas ini adalah kaum lelaki. Maka, jika seorang perempuan bersebelahan dengan lelaki dalam satu saf, batallah solat lelaki itu, dan sah solat yang ditunaikan oleh perempuan berkenaan kerana lelaki itu tidak melaksanakan arahan untuk mengakhirkan perempuan berkenaan ke saf belakang. Ini adalah pendapat yang dikeluarkan oleh ulama mazhab Imam Hanafi.
2) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tentang sebaik-baik dan seburuk-buruk saf yang didirikan oleh lelaki dan perempuan.
Mafhumnya : sebaik-baik saf lelaki itu adalah saf hadapan manakala seburuk-buruk saf lelaki itu adalah saf akhir, dan sebaik-baik saf perempuan itu adalah saf akhir manakala seburuk-buruk saf mereka pula adalah saf awal.
Imam Nawawi radhiallahu’anhu menyebut, apa yang di maksudkan oleh saf-saf perempuan dalam hadith ini adalah apabila mereka solat berjemaah bersama-sama ma’mum lelaki. Adapun jika mereka sembahyang sesama mereka (kaum perempuan sahaja) maka hukum baik dan buruk kedudukan saf mereka sama seperti kedudukan saf lelaki. Apa yang dimaksudkan dengan seburuk-buruk saf bagi lelaki dan perempuan itu adalah kurangnya pahala, kelebihan, dan jauh dari tuntutan syara’.
3) Riwayat Sayyiduna Anas radhiallahu ‘anhu tentang sifat kedudukan saf semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersolat di rumah ibu saudaranya.
Mafhumnya : Daku telah bersolat bersama dengan seorang anak yatim di belakang Rasulullah(membentuk saf di belakang Baginda), dan ibuku-Ummu Sulaim- berada di belakang kami(membina saf di belakang kami).
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari radhiallahu‘anhu dengan tajuk perempuan yang berseorangan sah membentuk satu saf. Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani radhiallahu’anhu menyebut, daripada tajuk ini jelas menunjukkan maksud di sebaliknya iaitu tegahan terhadap perempuan itu berdiri satu saf bersama dengan lelaki, bahkan dia harus membina saf di belakang ma’mum lelaki walaupun dia berseorangan.
KESIMPULAN
a) Pada hadith pertama, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan umatnya kedudukan saf ma’mum di dalam solat. Perkara yang diajar, disuruh dan ditetapkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, juga adalah perkara yang disuruh dan ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka, sudah tentu di sebaliknya ada kebaikan dan hikmahnya. Tetapi, andai suruhan ini tidak dipatuhi, sudah tentu akan ada kesan negatif dan perkara tercela yang akan berlaku. Ia sama seperti pengharaman arak. Andai ia tidak dipatuhi, maka terjadilah banyak perbuatan tercela, dan maksiat paling besar yang mungkin akan berlaku daripada perbuatan minum arak adalah zina. Maka, kedudukan saf perempuan di belakang ma’mum lelaki itu dan tidak bercampur dalam saf lelaki adalah kerana hikmah yang utamanya iaitu mengelakkan fitnah.
b) Pada hadith kedua, jika jemaah perempuan bersolat bersama dengan jemaah lelaki, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bahawa seburuk-buruk saf perempuan adalah di awal dan sebaik-baiknya adalah di akhir kerana hikmahnya yang tersendiri. Sesungguhnya kelebihan saf perempuan itu di akhir adalah kerana jauhnya mereka daripada bercampur dengan kaum lelaki, mengelak pandangan mereka terhadap kaum lelaki sehingga boleh menyebabkan hati mereka terpaut pada gerak-geri dan mendengar kalam mereka.
c) Pada hadith ketiga dapat diperhatikan bahawa kedudukan ibu Sayyiduna Anas radhiallahu’anhu, Ummu Sulaim radhiallahu’anha di belakang saf anaknya walaupun berseorangan. Ummu Sulaim radhiallahu’anha tidak akan berdiri berseorangan dalam saf di belakang Sayyiduna Anas radhiallahu’anhu dan anak yatim itu melainkan pada dirinya sudah ada pengetahuan tentang susunan saf. Dari manakah pengetahuan ini datang? Sudah tentu daripada apa yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah sallalahu ‘alaihi wasallam.
d) Setelah diamati, perbahasan terhadap ketiga-tiga riwayat hadith di atas seakan tidak menunjukkan sebarang kelonggaran untuk seseorang atau sekumpulan perempuan berdiri sama satu saf dengan ma’mum lelaki melainkan para ulama bersepakat bahawa arahan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith pertama untuk mengikut susunan ini tidak membawa kepada hukum wajib, tetapi hukumnya adalah mustahab(sunat), kerana di sana ada beberapa situasi yang memungkinkan untuk lelaki dan perempuan bercampur dalam satu saf. Maka, setiap perkara sunat yang dilanggar hukumnya adalah makruh.
JAWAPAN KEPADA PERSOALAN
Pendapat ulama mazhab Imam Syafi’e :
Andai bersebelahan antara lelaki dan perempuan dalam satu saf, maka hukumnya adalah makruh, dan tidak batal solat keduanya.
Pendapat ulama mazhab Imam Hanafi :
Andai bersebelahan antara lelaki dan perempuan dalam satu saf, maka hukumnya adalah makruh. Sah solat yang dikerjakan oleh perempuan itu, dan batal solat yang dikerjakan oleh lelaki itu.
CATATAN
Walaupun hukum susunan saf ini adalah sunat, namun kita sebagai seorang yang mempunyai ilmu tentangnya amat dituntut untuk beramal dengan apa yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam semampunya. Maka, andai masih ada ruang untuk perempuan berkenaan membuat saf di belakang saf lelaki walaupun berseorangan, dia harus berbuat demikian. Jika tidak, harus ada dalam kalangan jemaah kaum lelaki yang melakukan tugas untuk mengakhirkan saf mereka di belakang ma’mum lelaki, melainkan jika berada di dalam beberapa situasi darurat yang tidak mampu dielakkan melainkan dengan bercampur dalam satu saf. Maka, situasi darurat sebegini tidak mengapa selagi ia aman dari fitnah. Adapun percampuran lelaki dan perempuan dalam solat berjemaah di Masjidil Haram hukumnya harus, tetapi ia tetap tidak digalakkan selagi seseorang boleh mengelakkan dirinya dari bersolat di sebelah orang yang berlainan jantina.
RUJUKAN
1- Kitab Fath al-Bari bi Syarhi Sahih al-Bukhari / al-Hafiz Ahmad Bin Ali Bin Hajar al-‘Asqalani.
2- Kitab ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari / al-‘Allamah Badr ad-Din Abu Muhammad Mahmud Bin Ahmad al-‘Aini.
3- Kitab ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud / al-‘Allamah Abi Tayyib Muhammad Syams al-Haq al-‘Azim Abadi.
4- Kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab / al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya Bin Syarf an-Nawawi.
5- Kitab Raudhah at-Talibin wa ‘Umdah al-Muftin / al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya Bin Syarf an-Nawawi.

لِيَلِيَنِّي مِنكُم أُولُو الأَحْلامِ والنُّهَى , ثُمَّ الذينَ يَلُونَهُم, ثم الذين يَلُونَهُم , ثم الذين يَلُونَهُم.

ألا أحدثكم بصلاة النبي صلى الله عليه وسلم, قال : فأقام الصلاة, فصف الرجال وصف الغلمان خلفهم ثم صلى بهم.
Mafhumnya : Tidakkah aku menceritakan kepada kalian perihal solat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selesai membacakan iqamat, kemudian golongan lelaki akan membentuk saf (di belakang Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam) dan golongan kanak-kanak pula membentuk saf di belakang mereka, kemudian barulah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersolat bersama mereka semua.
1.3) Golongan ketiga di belakang saf kanak-kanak adalah saf khunsa andai wujud dan dikenal-pasti seperti yang disebut oleh Abu Ishak asy-Syirazi radhiallahu’anhu bahawa golongan ini tidak berdiri satu saf bersama ma’mum lelaki kerana mereka boleh menjadi perempuan.
1.4) Golongan keempat di belakang saf khunsa (jika ada) adalah golongan perempuan, berdasarkan hadtih Sayyiduna Anas radhiallahu’anhu :
قام رسول الله صلى الله عليه وسلم وصففت أنا واليتيم وراءه, والعجوز وراءنا, فصلى بنا ركعتين
Mafhumnya : Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berdiri (untuk mengerjakan solat), dan daku bersama seorang anak yatim membentuk satu saf di belakang Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam, dan ibuku (membentuk saf berseorangan) di belakang kami, kemudian barulah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersolat dua rakaat bersama kami.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman di dalam al-Quran:
وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى * إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى
Maksudnya :
dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).( Surah An-Najm, ayat 3 dan 4 ).
6) Ayat ini menegaskan bahawa Rasulullah sallalahu ‘alaihi wasallam tidak sesekali menuturkan sesuatu mengikut kehendak nafsu mahupun sembarangan, bahkan sesungguhnya ia adalah berdasarkan apa yang diwahyukan ke atas Baginda sallahu ‘alaihi wasallam. Maka, susunan perempuan di saf akhir dan tidak bercampur dengan lelaki dalam satu saf sebenarnya adalah suruhan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Suruhan ini dikukuhkan lagi dengan kalam Sayyiduna Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu yang menyebut :
أَخِّرُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَخَّرَهُنَّ اللهُ
Mafhumnya : Tempatkanlah kaum perempuan itu di akhir(saf terakhir di belakang ma’mum lelaki) seperti mana Allah Subhanahu wa Ta’ala menetapkan mereka di akhir(susunan saf mereka di belakang ma’mum lelaki).
Riwayat ini dimulakan dengan kata suruhan أخروهن. Setiap kata suruhan mesti ada orang di arah. Imam Abu Muhammad al-‘Aini radhiallahu’anhu menyebut, orang yang diarah untuk melakukan tugas ini adalah kaum lelaki. Maka, jika seorang perempuan bersebelahan dengan lelaki dalam satu saf, batallah solat lelaki itu, dan sah solat yang ditunaikan oleh perempuan berkenaan kerana lelaki itu tidak melaksanakan arahan untuk mengakhirkan perempuan berkenaan ke saf belakang. Ini adalah pendapat yang dikeluarkan oleh ulama mazhab Imam Hanafi.
2) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tentang sebaik-baik dan seburuk-buruk saf yang didirikan oleh lelaki dan perempuan.
خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا, وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا
Mafhumnya : sebaik-baik saf lelaki itu adalah saf hadapan manakala seburuk-buruk saf lelaki itu adalah saf akhir, dan sebaik-baik saf perempuan itu adalah saf akhir manakala seburuk-buruk saf mereka pula adalah saf awal.
Imam Nawawi radhiallahu’anhu menyebut, apa yang di maksudkan oleh saf-saf perempuan dalam hadith ini adalah apabila mereka solat berjemaah bersama-sama ma’mum lelaki. Adapun jika mereka sembahyang sesama mereka (kaum perempuan sahaja) maka hukum baik dan buruk kedudukan saf mereka sama seperti kedudukan saf lelaki. Apa yang dimaksudkan dengan seburuk-buruk saf bagi lelaki dan perempuan itu adalah kurangnya pahala, kelebihan, dan jauh dari tuntutan syara’.
3) Riwayat Sayyiduna Anas radhiallahu ‘anhu tentang sifat kedudukan saf semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersolat di rumah ibu saudaranya.
صَلَّيْتُ أَنَا وَيَتِيمٌ فِي بَيْتِنَا خَلْفَ النَّبِي صلى الله عليه وآله وسلم, وَأُمِّي – أمُّ سُلَيمٍ – خَلْفَنَا.
Mafhumnya : Daku telah bersolat bersama dengan seorang anak yatim di belakang Rasulullah(membentuk saf di belakang Baginda), dan ibuku-Ummu Sulaim- berada di belakang kami(membina saf di belakang kami).
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari radhiallahu‘anhu dengan tajuk perempuan yang berseorangan sah membentuk satu saf. Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani radhiallahu’anhu menyebut, daripada tajuk ini jelas menunjukkan maksud di sebaliknya iaitu tegahan terhadap perempuan itu berdiri satu saf bersama dengan lelaki, bahkan dia harus membina saf di belakang ma’mum lelaki walaupun dia berseorangan.
KESIMPULAN
a) Pada hadith pertama, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan umatnya kedudukan saf ma’mum di dalam solat. Perkara yang diajar, disuruh dan ditetapkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, juga adalah perkara yang disuruh dan ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka, sudah tentu di sebaliknya ada kebaikan dan hikmahnya. Tetapi, andai suruhan ini tidak dipatuhi, sudah tentu akan ada kesan negatif dan perkara tercela yang akan berlaku. Ia sama seperti pengharaman arak. Andai ia tidak dipatuhi, maka terjadilah banyak perbuatan tercela, dan maksiat paling besar yang mungkin akan berlaku daripada perbuatan minum arak adalah zina. Maka, kedudukan saf perempuan di belakang ma’mum lelaki itu dan tidak bercampur dalam saf lelaki adalah kerana hikmah yang utamanya iaitu mengelakkan fitnah.
b) Pada hadith kedua, jika jemaah perempuan bersolat bersama dengan jemaah lelaki, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bahawa seburuk-buruk saf perempuan adalah di awal dan sebaik-baiknya adalah di akhir kerana hikmahnya yang tersendiri. Sesungguhnya kelebihan saf perempuan itu di akhir adalah kerana jauhnya mereka daripada bercampur dengan kaum lelaki, mengelak pandangan mereka terhadap kaum lelaki sehingga boleh menyebabkan hati mereka terpaut pada gerak-geri dan mendengar kalam mereka.
c) Pada hadith ketiga dapat diperhatikan bahawa kedudukan ibu Sayyiduna Anas radhiallahu’anhu, Ummu Sulaim radhiallahu’anha di belakang saf anaknya walaupun berseorangan. Ummu Sulaim radhiallahu’anha tidak akan berdiri berseorangan dalam saf di belakang Sayyiduna Anas radhiallahu’anhu dan anak yatim itu melainkan pada dirinya sudah ada pengetahuan tentang susunan saf. Dari manakah pengetahuan ini datang? Sudah tentu daripada apa yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah sallalahu ‘alaihi wasallam.
d) Setelah diamati, perbahasan terhadap ketiga-tiga riwayat hadith di atas seakan tidak menunjukkan sebarang kelonggaran untuk seseorang atau sekumpulan perempuan berdiri sama satu saf dengan ma’mum lelaki melainkan para ulama bersepakat bahawa arahan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith pertama untuk mengikut susunan ini tidak membawa kepada hukum wajib, tetapi hukumnya adalah mustahab(sunat), kerana di sana ada beberapa situasi yang memungkinkan untuk lelaki dan perempuan bercampur dalam satu saf. Maka, setiap perkara sunat yang dilanggar hukumnya adalah makruh.
JAWAPAN KEPADA PERSOALAN
Pendapat ulama mazhab Imam Syafi’e :
Andai bersebelahan antara lelaki dan perempuan dalam satu saf, maka hukumnya adalah makruh, dan tidak batal solat keduanya.
Pendapat ulama mazhab Imam Hanafi :
Andai bersebelahan antara lelaki dan perempuan dalam satu saf, maka hukumnya adalah makruh. Sah solat yang dikerjakan oleh perempuan itu, dan batal solat yang dikerjakan oleh lelaki itu.
CATATAN
Walaupun hukum susunan saf ini adalah sunat, namun kita sebagai seorang yang mempunyai ilmu tentangnya amat dituntut untuk beramal dengan apa yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam semampunya. Maka, andai masih ada ruang untuk perempuan berkenaan membuat saf di belakang saf lelaki walaupun berseorangan, dia harus berbuat demikian. Jika tidak, harus ada dalam kalangan jemaah kaum lelaki yang melakukan tugas untuk mengakhirkan saf mereka di belakang ma’mum lelaki, melainkan jika berada di dalam beberapa situasi darurat yang tidak mampu dielakkan melainkan dengan bercampur dalam satu saf. Maka, situasi darurat sebegini tidak mengapa selagi ia aman dari fitnah. Adapun percampuran lelaki dan perempuan dalam solat berjemaah di Masjidil Haram hukumnya harus, tetapi ia tetap tidak digalakkan selagi seseorang boleh mengelakkan dirinya dari bersolat di sebelah orang yang berlainan jantina.
والله تعالى أعلم بالصواب
RUJUKAN
1- Kitab Fath al-Bari bi Syarhi Sahih al-Bukhari / al-Hafiz Ahmad Bin Ali Bin Hajar al-‘Asqalani.
2- Kitab ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari / al-‘Allamah Badr ad-Din Abu Muhammad Mahmud Bin Ahmad al-‘Aini.
3- Kitab ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud / al-‘Allamah Abi Tayyib Muhammad Syams al-Haq al-‘Azim Abadi.
4- Kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab / al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya Bin Syarf an-Nawawi.
5- Kitab Raudhah at-Talibin wa ‘Umdah al-Muftin / al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya Bin Syarf an-Nawawi.
No comments:
Post a Comment