BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Monday, 15 November 2010

PERUTUSAN KHAS EIDUL ADHA 1431


Perutusan Khas Presiden ILMAM Sempena Eidul Adha 1431 H

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Allahu Akbar Walillahil Hamd

Kehadrat syukur kepada Allah taala yang telah menyampaikan kita kepada hari yang penuh keberkatan dan bersejarah dalam Islam ini. Hari Raya Korban, satu hari raya yang di antara dua hari raya yang utama bagi umat Islam di dunia ini.

Saya, Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM), mewakili seluruh saf kepimpinan ILMAM Pusat, ingin mengucapkan Salam Eidul Adha bagi tahun ini kepada semua sahabat dan sohabiyyah yang telah menamatkan pengajian di bumi Mesir, baik yang masih baru menamatkan pengajian, mahupun yang telah lama menamatkan pengajian di Mesir. Tidak dilupakan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh negara ini.

Kelebihan Islam adalah tidak ada tandingannya. Rahmat dan berkatnya yang melimpah ruah ke atas mahkluk ciptaan Allah taala. Terutama manusia yang beriman, yang memiliki kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap segala ketentuan Allah taala dan utusan-Nya, iaitu Nabi Muhammad saw. Dibuktikan lagi dengan keimanannya dengan tidak menaruk perasaan syak dan ragu-ragu terhadap segala hukum hakam dan peraturan Allah taala. Yang akhirnya, meletakkan jihad fi sabilillah sebagai jalan terakhir dalam kehidupanya demi merealisasikan matlamat utama manusia dijadikan oleh pencipta, Allah taala.

Sejajar dengan firman Allah taala dalam Surah al-Hujurat, ayat 15 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Bagi mereka yang senantiasa mengikut peraturan dan ketetapan serta panduan Allah taala, samada melalui kalam-Nya, mahupun utusan-Nya, Sunnah Nabi Muhammad saw, nescaya kehidupannya tidak akan sesat dan tidak akan susah. Bahkan sebaliknya, sesiapa yang berpaling daripada ketentuan dan hukum hakam Allah taala, maka dia akan mengalami kehidupan yang sukar, susah dan sempit.

Benarlah firman Allah taala di dalam Surah Toha, ayat 123-124 yang bermaksud: "maka barangsiapa yang mengikut petunjukku, nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara. Dan barangsiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit."

Harapan akhirnya, marilah kita sama-sama mengambil roh korban, dan semangat Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail alahimassalam, sebagai panduan dan pengiktibaran serta pengorbanan Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad saw sebagai pemangkin kepada gerak kerja dan peranan kita sebagai seorang yang berstatuskan 'Ahli Agama' ke arah pembentukkan masyarakat muslim yang mukmin yang mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Salam Eidul Adha 1431 H


Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli

Presiden,
Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia. (ILMAM)

No comments: