ILMAM Malaysia menjemput menghadiri HIMPINAN SEJUTA UMAT pada 21 September 2012 ini. Bersatu mempertahankan kesucian Islam dan baginda Nabi Muhammad S.A.W
BORANG ONLINE ILMAM
Tuesday, 18 September 2012
Friday, 14 September 2012
Kenyatan Media ILMAM Berkenaan Isu Filem Innocence of Muslims
KUALA
LUMPUR: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) mengutuk keras sebarang usaha
untuk menjejaskan kesucian Islam yang sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab menerusi sebuah filem berjudul Innocence of
Muslims.
Presidennya,
Dr Aminurrasyid Yatiban berkata, menurut satu sumber, filem yang diarahkan oleh
Bacile (seorang Yahudi Israel) itu menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai
oleh 100 Yahudi.
Katanya,
kandungan filem yang jelas berniat jahat itu sengaja menimbulkan provokasi
seperti menyebutkan Islam is a cancer, period dan
sebagainya.
"Perkara ini
jelas mencemarkan kesucian Islam dan dakwaan yang sangat tidak betul serta
menimbulkan provokasi melampau terhadap umat Islam,” ujarnya dalam satu
kenyataan.
Justeru,
ujarnya Ilmam menyeru semua umat Islam agar mempunyai sensitiviti yang tinggi
dengan mengambil berat sebarang usaha yang boleh menyelewengkan ajaran Islam
yang suci dan murni.
Friday, 31 August 2012
ILMAM Mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan
SELURUH KEPIMPINAN ILMAM PUSAT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN BUAT NEGARA MALAYSIA YANG KE-55
Wednesday, 29 August 2012
Ilmam berterima kasih pada k'jaan S'gor dan JAIS
BULETIN ILMAM SELANGOR
Shah Alam –Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ( Ilmam) cawangan Selangor berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam (JAIS) kerana menerima baik cadangannya supaya JAIS menguruskan pendaftaran kemasukan sesi pengajian 2012/2013 bagi pelajar persendirian Selangor ke Universiti Al-Azhar Mesir.
Menurut kenyataan Ilmam, berita baik itu telah dimaklumkn oleh Exco Pengajian Tinggi dan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali kepada Pengerusi Ilmam Selangor, Mohd Farhan Madzlan (kanan) semalam.
"Sebelum ini dilaporkan puluhan pemohon yang ingin menyambung pengajikan ke universiti tertua itu, menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan diri apabila segala proses pendaftaran dilakukan sendiri, ditambah lagi kecelaruan maklumat dari beberapa pihak," kata kenyataan itu semalam.
Menurut Ilmam lagi, Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) pula tidak menguruskan borang bagi pelajar yang tidak berjaya dalam ujian saringan sebelum ini, menambahkan lagi kesukaran mereka untuk melanjutkan pengajian ke sana.
"Ilmam Selangor berharap kepada seluruh pemohon agar menghantar borang pemohonan ke JAIS sebelum 5 September ini agar ia dapat diproses dengan segera.
"Penerbangan bagi pemohon ujian saringan ke-2 di Mesir dijangka bertolak sebelum 15 September ini. Persatuan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir ( BKASM ) juga bersedia menerima kedatangan mereka dan akan mengadakan kelas intensif persediaan sebelum mereka mengahadapi ujian saringan akhir September ini," jelas kenyataan itu lagi.
Menurut Ilmam Selangor, pihaknya juga akan berusaha membantu semaksima mungkin kerajaan Selangor dan agensi-agensinya seperti program dakwah dan pendidikan negeri dan lain-lain lagi yang pernah dijayakan bersama.
Selain itu juga, Ilmam Selangor akan menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk meraikan pelajar ke Mesir bersama ibu bapa mereka pada 7 September ini.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pengerusi jawatankuasa prihatin membantu pelajar ke Mesir, Mohd Firdaus Madzlan di talian 018-4601497.
Shah Alam –Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ( Ilmam) cawangan Selangor berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam (JAIS) kerana menerima baik cadangannya supaya JAIS menguruskan pendaftaran kemasukan sesi pengajian 2012/2013 bagi pelajar persendirian Selangor ke Universiti Al-Azhar Mesir.

"Sebelum ini dilaporkan puluhan pemohon yang ingin menyambung pengajikan ke universiti tertua itu, menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan diri apabila segala proses pendaftaran dilakukan sendiri, ditambah lagi kecelaruan maklumat dari beberapa pihak," kata kenyataan itu semalam.
Menurut Ilmam lagi, Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) pula tidak menguruskan borang bagi pelajar yang tidak berjaya dalam ujian saringan sebelum ini, menambahkan lagi kesukaran mereka untuk melanjutkan pengajian ke sana.
"Ilmam Selangor berharap kepada seluruh pemohon agar menghantar borang pemohonan ke JAIS sebelum 5 September ini agar ia dapat diproses dengan segera.
"Penerbangan bagi pemohon ujian saringan ke-2 di Mesir dijangka bertolak sebelum 15 September ini. Persatuan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir ( BKASM ) juga bersedia menerima kedatangan mereka dan akan mengadakan kelas intensif persediaan sebelum mereka mengahadapi ujian saringan akhir September ini," jelas kenyataan itu lagi.
Menurut Ilmam Selangor, pihaknya juga akan berusaha membantu semaksima mungkin kerajaan Selangor dan agensi-agensinya seperti program dakwah dan pendidikan negeri dan lain-lain lagi yang pernah dijayakan bersama.
Selain itu juga, Ilmam Selangor akan menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk meraikan pelajar ke Mesir bersama ibu bapa mereka pada 7 September ini.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pengerusi jawatankuasa prihatin membantu pelajar ke Mesir, Mohd Firdaus Madzlan di talian 018-4601497.
Sunday, 26 August 2012
Saturday, 25 August 2012
Kenyataan Media ILMAM Berhubung Isu Hudud Di Malaysia
KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR
BERHUBUNG ISU HUDUD
PERTUBUHAN IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR
BERHUBUNG ISU HUDUD
Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.
1. Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.
2. Bagi seorang non-Muslim, tidak menjadi kesalahan kepada mereka sekadar tidak bersetuju kerana tiada paksaan dalam agama tetapi mereka tidak wajar untuk menghina hukum ini. Begitu juga, mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum hudud kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan hukum yang sedia ada atau sebaliknya. Justeru, sebarang usaha menghalang pelaksanaannya dianggap sebagai masuk campur dalam urusan agama orang Islam. Penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Ini sekaligus akan menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram dalam hubungan seorang muslim dan bukan non-muslim. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan untuk menambahkan lagi keberkesanan pelaksanaan hukum ini di negara ini.
3. Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh manusia sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk membincangkan pelaksanaan hukum ini secara lebih objektif dan rasional untuk keselesaan semua pihak. Ini kerana ia melibatkan proses mendrafkannya sebagai undang-undang (akta/enekmen) dan meletakkan remedy bagi lacuna yang mungkin terdapat di sana-sini bagi enekmen yang sedia ada (Terengganu dan Kelantan). Menolaknya secara total bukanlah sikap yang bijak kerana pelaksanaan hukum telah terbukti boleh membawa penyelesaian kepada masalah jenayah seperti yang berlaku di Saudi Arabia.
4. Dalam isu kondusif yang menghalang pelaksanaan hukum hudud seperti pada zaman Saidina Umar, yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, sebenarnya mereka perlu membezakan antara taqnin iaitu proses mengundang-undangkannya dan pelaksanaan kepada undang-undang itu. Taqnin itu perlu, tetapi dalam melaksanakannya mungkin perlu ditangguhkan atas alasan tertentu yang boleh dijelaskan dalam undang-undang itu sendiri, budi bicara penguatkuasa dan boleh juga ditafsirkan oleh hakim. Hal ini tidak pelik kerana terdapat undang yang tidak digunakan seperti memberi kuasa kepada polis untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mempunyai kad pengenalan. Tetapi, pihak polis tidak menggunakan peruntukan ini semudah itu.
5. Oleh yang demikian, ILMAM menyeru semua pihak agar duduk berbincang isu hudud ini berlandaskan ilmu pengetahuan dan mengajak non-Muslim menghormati hak orang Islam dalam melaksanakan hukum ini. ILMAM bersedia berbincang dan boleh menjadi orang tengah dalam membincangkan isu ini dengan para ulama yang lebih terkemuka. Di dalam negara kita terdapat ramai golongan cendiakawan Islam dan pakar undang-undang yang boleh membincangkan perlaksanaannya dan menerima sebarang padangan serta menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan.
DR AMINURRASYID YATIBAN
Presiden
Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
Wednesday, 22 August 2012
Ucapan Salam Aidilfitri
SELURUH KEPIMPINAN ILMAM PUSAT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA LEBARAN INI MEMBERI SERIBU MAKNA KEPADA SELURUH MUSLIMIN MUSLIMAT TERUTAMANYA KEPADA MAHASISWA LEPASAN MESIR WALAU DI MANA SAHAJA ANDA BERADA.
Monday, 25 June 2012
ILMAM UCAP TAHNIAH DI ATAS KEMENANGAN DR MORSY SEBAGAI PRESIDEN MESIR
ILMAM UCAP TAHNIAH DI ATAS KEMENANGAN DR MORSY SEBAGAI PRESIDEN MESIR
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) mengucapkan tahniah kepada calon Ikhwan Muslimin apabila memenangi kerusi Presiden Mesir bagi pusingan kedua pilihan raya yang diadakan baru-baru ini.
Dr Morsy menang menewaskan bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq dengan kemenangan 51 peratus sekaligus merubah politik pentadbiran negara Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.
ILMAM menghargai kejayaan yang diperoleh oleh Dr Morsy dan berharap agar beliau dapat membawa masa depan, kebebasan, demokrasi, pembangunan dan keamanan yang lebih baik untuk Mesir setelah kemenangan ini menjadi titik pengorbanan utama kepada rakyat seluruhnya dan perjuangan Islam amnya.
ILMAM juga sentiasa mendoakan agar perjuangan serta pentadbiran yang akan dibawa oleh Dr Morsy mendapat rahmat daripada Allah SWT.
DR AMINURRASYID BIN YATIBAN
Presiden
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
Saturday, 21 April 2012
Kenyataan Media : Isu PTPTN
ILMAM MENYOKONG TINDAKAN SMM MEMANSUHKAN PTPTN
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) menyokong tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) pada 14 April yang lalu.
Atas sikap keberanian dan ketegasan yang ditunjukkan oleh pihak SMM, ILMAM sentiasa komited bahawa usaha ini mampu menjadikan mahasiswa di Malaysia berani menyuarakan hasrat dan pandangan kepada pihak kerajaan.
Walaubagaimanapun, ILMAM membantah tindakan SMM yang bertindak keterlaluan dengan membuat kalungan bunga ke atas potret pemimpin negara dan menggunakan istilah ’mendiang’ di Dataran Merdeka, pada 14 April yang lalu.
Tindakan tersebut bertentangan dengan norma dan akhlak mulia budi pekerti yang digariskan Islam. Sebagai umat Islam, agama Islam menuntut agar umat-Nya sentiasa menunjukkan akhlak yang terpuji sebagaimana akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Tindakan kalungan bunga ke atas potret yang dianggap simbolik kepada sistem dan peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pemimpin itu telah mati, merupakan satu tanggapan yang tidak tepat.
Walaubagaimanapun, ILMAM sebagai sebuah pertubuhan NGO mewakili suara Lepasan Mahasiswa Mesir menggesa kerajaan untuk memansuhkan pinjaman PTPTN dan mencadangkan agar pendidikan di negara ini diberi secara percuma.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dicadang untuk mencontohi sistem pengurusan pendidikan di Universiti Al-Azhar, Mesir yang menjadikan ekonomi wakaf sebagai salah sebuah cara berkesan menggalakkan umat Islam berwakaf.
ILMAM sentiasa komited membawa pemikiran Al-Azhar ke Malaysia kerana pengaruh Mesir melalui sistem pendidikan berteraskan Islam sudah mula bertapak di Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Yang benar,
MOHD ASRI MAT DAUD
Timbalan Presiden
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir.
Thursday, 22 March 2012
Kenyataan Media : ILMAM Gesa Kerajaan Negeri Menarik Semula Pembatalan Pinjaman Pelajaran Mahasiswa Mesir
ILMAM MENGGESA KERAJAAN NEGERI MENARIK SEMULA PEMBATALAN PINJAMAN PELAJARAN MAHASISWA MESIR.
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) menggesa kerajaan negeri Terengganu menarik semula kenyataan membatalkan pinjaman pelajaran bagi penuntut di Mesir.
Tindakan kerajaan negeri membatalkan pinjaman pelajaran bagi mahasiswa membantutkan proses pendidikan dan pelajaran yang sedang dialami oleh mahasiswa tersebut.
ILMAM dimaklumkan pada bulan Februari yang lalu, sembilan orang mahasiswa telah menerima surat dari pihak Yayasan Terengganu (YT) menyatakan penamatan perjanjian pinjaman YT berkuatkuasa serta merta melalui mesyuarat Lembaga Pemegang-pemegang Amanah YT yang bersidang pada 18 Disember 2011.
Penamatan ini disebabkan melanggar peruntukan peraturan Fasal 2 Perjanjian Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu pada 9 Julai 2011 kerana berhimpun di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah bagi menyertai Demonstrasi BERSIH 2.0
Penafian hak pinjaman terhadap pelajar seolah-olah Akta Universiti dan Kolej Universiti cuba diwujudkan untuk mahasiswa di luar negara sedangkan perkara ini tidak terpakai kepada mahasiswa luar negara sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Kelab UMNO Luar Negara.
ILMAM melahirkan kekesalan di atas tindakan kerajaan negeri dan seharusnya usaha untuk melahirkan generasi ummah melalui golongan agamawan di pandang tinggi kerana kesinambungan generasi ulama dan doktor professional adalah aset utama negara.
Walaubagaimanapun, atas komitmen ILMAM sebagai sebuah NGO di Malaysia, ILMAM berusaha mengumpulkan dana bagi membantu sembilan mahasiswa tersebut. Atas dasar memastikan mahasiswa Mesir dibela, rombongan ILMAM yang diketuai oleh Naib Presiden I ILMAM, akan bertolak ke Mesir hujung bulan ini bagi mengetahui situasi sebenar serta menyampaikan dana yang dikumpulkan itu.
ILMAM menggesa kerajaan negeri untuk meneruskan pinjaman YT kepada mahasiswa terbabit bagi memastikan kesinambungan pengajian dapat berjalan dengan baik dan sempurna.
MOHD ASRI MD DAUD
Timbalan Presiden
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
Subscribe to:
Posts (Atom)