BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Saturday, 30 October 2010

ILMAM KESAL DENGAN CADANGAN HUB HIBURAN MALAM


Baru-baru ini, digemparkan dengan cadangan kerajaan Malaysia untuk menubuhkan satu Hub Hiburan Malam yang tempat yang tertentu. ILMAM merasakan hal ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak, jangan disejukkan dengan menjelmanya isu-isu lain.

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) memandang serius hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam dalam rangka untuk memajukan ekonomi negara melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini kerana, rancangan tersebut sudah tentu akan memberikan kesan yang negatif terhadap perkembangan ekonomi negara di samping akan bertambahnya pelbagai lagi bentuk kerosakan serta gejala sosial di dalam Negara.

Perancangan tersebut jelas tidak akan menjamin kedudukan ekonomi negara berada dalam keadaan stabil bahkan negara akan berhadapan dengan lebih banyak lagi masalah sosial yang sedang membarah seperti AIDS, zina, rogol, buang anak, dadah dan banyak lagi. Sudah tentu ia akan menjadi satu malapetaka terhadap masyarakat Malaysia.

Sekiranya perancangan ini tetap dilaksanakan maka ILMAM berpendapat segala projek yang telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam usaha membangunkan modal insan menjadi sia-sia kerana hiburan yang melampau tanpa had dan batasan sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang tidak berdaya saing serta leka dan lalai.

ILMAM berharap pihak kerajaan mengkaji semula perancangan ini sedalam-dalamnya dan menukar kepada perancangan menjadikan Malaysia sebagai hub aktiviti ekonomi berasaskan syariah memandangkan sistem ekonomi Islam semakin mendapat tempat di dalam dan luar negara sejajar dengan agama rasmi Negara Malaysia itu sendiri.

Seterusnya pihak kerajaan WAJIB memikirkan soal keberkatan dalam pembangunan ekonomi Negara dan bukan hanya memikirkan bagaimana memajukan ekonomi negara sahaja tanpa dilihat dari segi kesannya terhadap rohani dan jasmani rakyat itu sendiri.

Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden,

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)

1 comment:

refah00 said...

Ya, banyak kerosakan akan muncul nanti kesan pembukaan kelab2 malam nanti.