BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Tuesday, 5 April 2011

ILMAM MENUNTUT SYARAT BARU UNTUK KE UNIVERSITI AL-AZHAR DIHAPUSKAN


ILMAM MENUNTUT SYARAT BARU UNTUK KE UNIVERSITI AL-AZHAR DIHAPUSKAN

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) berpandangan bahawa syarat baru yang didakwa dikenakan oleh universiti Al-Azhar sebagai satu propaganda politik untuk mengurangkan jumlah kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti tersebut.

Syarat tersebut juga sebenarnya dilihat amat tidak relevan memandangkan peperiksaan STAM yang diambil oleh pelajar tingkatan enam di sekolah-sekolah sudah pun menyamai Syahadah Thanawiyyah yang juga merupakan syarat kelayakan untuk memasuki universiti terulung itu. Walaupun syarat ini pada zahirnya dikuatkuasakan oleh Universiti Al-Azhar tetapi seolah-olah wujud pihak ketiga yang menggunakan nama Universiti untuk menyekat pelajar-pelajar Malaysia daripada belajar di sana.

Kenyataan terbaru Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Khalid Nordin bahawa pelajar mengambil masa terlalu lama untuk menghabiskan pengajian di sana dilihat bukan satu alasan untuk meletakkan syarat baru sebagai syarat kemasukkan ke Universiti Al-Azhar.

Kelemahan dalam Bahasa Arab tidak boleh dijadikan satu isu kerana kelemahan tersebut sebenarnya dibawa oleh pelajar daripada peringkat sekolah rendah hinggalah menengah sejak di Malaysia lagi. Jadi kelemahan tersebut adalah berpunca daripada sistem pendidikan di sini bukannya ketika mereka melanjutkan pelajaran di Mesir bahkan kelemahan tersebut hakikatnya dapat diatasi dengan lebih baik sekiranya lebih ramai pelajar dihantar ke Universiti al-Azhar untuk mendalami Bahasa Arab dan memperbaiki sistem pengajian bahasa Arab di sini.

Alasan bahawa pelajar mengambil masa yang lama untuk lulus juga amat tidak dapat diterima untuk meletakkan syarat itu. Ini disebabkan kelemahan bahasa Arab dan bukan penyebabnya tetapi keadaan sistem pengajiannya amat berbeza dengan apa yang didapati di tanah air. Lebih-lebih lagi kita melihat keadaan itu sudah pun bertambah baik sejak akhir-akhir ini atas usaha pihak persatuan-persatuan negeri yang menolong pihak pelajar dengan mengadakan kelas-kelas tambahan dan sebagainya.

Oleh itu, ILMAM sekali lagi mendesak agar pihak kerajaan mengkaji hal ini dan berbincang dengan pihak Universiti tanpa melibatkan kepentingan politik demi melihat lebih ramai graduan agama al-Azhar dapat menyebarkan sinar Islam di tanah air.

Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden,

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)


01 Jamadil Awal 1432 H @ 05 April 2011

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Pada pendapat saya mungkin apa yg saudara katakan itu betul dan ada rasionalnya...

Namun yang demikian, ingin saya putarkan beberapa persoalan...

Bagaimana pulak dgn pelajar2 yg dgn sengaja mengGAGALkan diri dengan semata2 utk berniaga???

Melupakan tanggungjawab mereka semata-mata mencari dunia???

Wajarkah mereka ini dibiarkan begitu sahaja sehingga menyebabkan nama negara kita dicemari oleh tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab???

Tidakkah mereka (Mahasiswa Al-Azhar) sedar akan tanggungjawab mereka pada agama dan masyarakat???

Dan bagaimana pula dengan nasib anak-anak muda yg sepatutnya ditarbiahkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang telah dipelajari oleh mahasiswa Al-Azhar???

Adakah lalai pelajar Al-Azhar ini dengan tanggungjawab dan kewajipan fardu kifayah mereka pada anak2 bangsa mereka di Malaysia???

Mungkin betul kata orang-orang tua; kerana nila setitik rosak susu sebelanga...mungkin inilah akibatnya dek kerana kesalahan segilintir pihak semuanya menjadi mangsa.

Mungkin dengan cara ini barulah para mahasiswa Al-Azhar akan sedar dan berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk menghabiskan ijazah mereka.

Maka janganlah kita asyik menunding jari ke arah pihak berwajib di atas segala yang berlaku.

Oleh itu, janganlah lupa di saat kita menunding jari ke arah mereka, empat jari kita menunding ke arah diri kita kembali.

Semoga dengan adanya penguatkuasaan undang2 ini maka akan lahirlah ulama Al-Azhar yg terbilang dari Malaysia yang akan membawa negara ke arah kegemilangan ISLAM yang sebenar.

Amin....

graduan azhar said...

Saudara Anonymous..

Saudara tahukah berapa ramai yg sengaja menggagalkan diri dalam peperiksaan untuk berniaga itu?

Jumlahnya terlaaaaaaalu kecil nak dibandingkan dgn mahasiswa/i Al-Azhar yg pulang dgn berjaya dan menyumbang bakti di Malaysia..

Terlalu tidak adil saudara menilai sedemikian..

Seperkara lagi ada juga yg gagal dgn sebab berniaga. Namun bukan disengajakan. Mereka terpaksa mencari sesuap rezeki kerana kerajaan yg enggan membantu mereka yg ingin belajar ilmu agama.. Akhirnya pelajaran mereka juga turut tergannggu. Namun mereka meneruskan juga perjuangan mereka dan alhamdulillah ramai yg dah berjaya begitu walaupun lama.

Apapun janganlah menunding jari pada mahasiswa al-azhar sedangkan tanggungjawab pihak berwajib itu lebih jelas dan lebih besar lagi tetapi diabaikan..

terima kasih

Anonymous said...

to Graduan Azhar..

Betul..betul..betul..apa yg dikatakan oleh saudara tu..

jumlah pelajar yg belajar di Mesir sekitar 11 ribu orang..

yang berniaga berapa orang yer..setakat pengamatan saya dan pemerhatian saya selama kurang lebih 3 tahun berada di sana, tidak sampai 10 orang pelajar yang berniaga sepenuh masa...10 orang nak compare ngan 11 000 orang...

ble kira ker? pesanan saya pada Anymous..nak bercakap dan bercoleteh tu, tengok keadaan dan waqi' lah yer...

slm..

mohamad s.h.a.h. said...

Assalamualaikum......

terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jika apa yang saya katakan ini bakal mengguris hati mana2 pihak.dan bukanlah tujuan saya ingin mengguris hati sesiapa tetapi sekadar berkongsi pendapat.

maaf kerana saya mencelah tetapi dari pengamatan saya,rasanya saudara tidak bersetuju dengan syarat baru yang ditetapkan iaitu syarat berkaitan imtihan qabul sebelum memasuki jamiah.

pertamanya,saya hormati pandangan saudara tersebut.saya yakin bahawa saudara ada hujjah saudara sendiri dan saya tidak katakan bahawa saudara salah tetapi saya ingin mengajak saudara untuk merenung sejenak apa yang akan saya tulis.

saya yakin bahawa saudara sebagai graduan Azhar lebih arif daripada saya mengenainya dan saya juga yakin bahawa saudara juga tahu bahawa sesuatu keputusan yang dibuat oleh pihak Azhar bukanlah keputusan yang terburu-buru.adalah tidak adil untuk kita beranggapan bahawa Azhar dipengaruhi oleh pihak tertentu dalam membuat sesuatu keputusan.

jika benarlah tekaan saya bahawa isu yang cuba saudara bangkitkan adalah berkaitan imtihan qabul maka ingin saya nyatakan bahawa isu ini telah pun dibangkitkan oleh sorang mahasisiwi malaysia dalam satu nadwah antara wafidin di ACC.dan ianya telah pun dijawab oleh naib rais jamiah.saudara perlu tahu bahawa Azhar amat kecewa dengan pencapaian pelajar2 malaysia.dan saya yang berada di sana berasa agak malu kerana jawapan yang diberikan beliau amat tajam dan berbentuk sindiran.

Azhar merupakan institusi pendidikan yang ulung.terlalu banyak jasanya kepada umat Islam.persoalannya,adakah Azhar akan melakukan sesuatu yang akan menjatuhkan reputasinya.sudah tentu tidak.

saudara sebagai graduan tentu seorang yang cerdik dan saudara tentu tahu bahawa bagi seorang penuntut ilmu itu perlu ada akal yang rajjah.jadi salahkah Azhar menetapkan syarat tersebut?

saya berpendapat bahawa saudara merasakan seolah-olah STAM itu sudah mencukupi untuk masuk ke Azhar.saya akui bahawa STAM itu setaraf dengan Syahadah Thanawiyyah tetapi adakah bekalan ilmu yang ada di dada kita menyamai ilmu yang telah mereka pelajari.alangkah naifnya kita.cuba bandingkan diri kita dengan rakan2 arab sekuliah kita.adakah ilmu kita setanding mereka.jadi mengapa kita perlu melatah jika kita sendiri sedar akan kelemahan diri.

masyarakat hari ini benar2 ketandusan murabbi mursyid untuk membimbing mereka.janganlah kerana keegoan kita merosakkan masyarakat.jika kita lihat hari ini,sudah banyak pihak yang mempertikai kemampuan graduan Azhar.mereka lebih yakin dengan graduan dari jordan.ini merupakan hakikat yang harus kita terima.


Syeikhul Azhar meletakkan harapan yang tinggi kepada graduan Azhar agar dapat menjadi duta Azhar yang dapat menyampaikan fikrah islam dengan tepat.adakah kita ingin menghancurkan harapan beliau?

adakah cukup tempoh keberadaan kita di mesir sepanjang beberapa tahun itu untuk mengubah masyarakat?kita sepatutnya menilainya dari sudut yang positif.bukankah pelajar yang gagal imtihan qabul akan mengikuti kursus bahasa selama setahun?sepatutnya peluang ini digunakan sebaiknya untuk bertalaqqi dan suhbah dengan para ulama.belajar dengan mereka kefahaman yang betul tentang Islam dan manhaj mereka dalam mendidik masyarakat

saya tak nafikan bahawa ada dalam kalangan pelajar yang mungkin mengalami masalah dari sudut kewangan jika terpaksa mengikuti tamhidi tetapi manakah yang perlu manjadi keutamaan kita.adakah maslahat umat ataupun individu?dan adalah lebih elok jika kita dapat
mengejar kedua-duanya.

apakah gunanya bilangan penuntut yang ramai jika hasilnya kurang memberangsangkan.bukankah jumlah yang kecil tetapi berkualiti itu lebih baik.tak salah kita ingin mengejar kuantiti tetapi jangan dikesampingkan kualitinya.

pesanan saya agar kita semua dapat muhasabah diri.janganlah ditanya apa yang akan orang lain lakukan untuk kita tetapi berusahalah untuk melakukan sesuatu demi kebaikan umum.InshaALLAH jika ikhlas dalam memperjuangkan agamaNYA kita pasti dibantu.

ALL FOR ISLAM!!!

Blog27999 said...

According to Stanford Medical, It is in fact the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years longer and weigh 19 kilos lighter than we do.

(And really, it really has NOTHING to do with genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING about "HOW" they are eating.)

BTW, I said "HOW", and not "what"...

Click on this link to uncover if this brief quiz can help you discover your true weight loss potential