BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Friday 13 March 2009

INFO ILMAM NEGERI



Liqo' ILMAM Terengganu 2008


06 Disember 2008 bersamaan 8 Zulhijjah 1429- Alhamdulillah sempat juga menghadiri seketika dan timbul tengelam Liqo' Siswazah Mesir yang di adakan di Maahad Tahfiz Tok Jiring semalam, yang kali ini sesi pemilihan ahli jawatankuasa baru ILMAM cawangan Terengganu bagi sesi 2009/2010 dilantik.

Mabruk buat sahabat jawatankuasa baru. Mudah-mudahan ahli jawatankuasa baru ini dapat memantapkan lagi perjalanan ILMAM agar objektif yang digarapkan dapat diilmamkan dengan jayanya.

Memandangkan telah bertambahnya siswazah/ graduan yang telah menamatkan pengajian di bumi kinanah yang sekarang ini sedang menjalankan kehidupan masing-masing yang bertebaran di seluruh negeri, maka diadakan suatu oraganisasi khusus yang mantap dan berpusat bagi menghimpunkan serta mengerakkan seluruh graduan lepasan Al-Azhar dan Mesir bagi melaksanakan gerak kerja Islam dengan lebih tersusun.

Maka ditubuhkan ILMAM( Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ) yang berpusat di Tingkat 03, Bangunan Akademi ar-Rashidin, Kuantan Pahang. Dan disusuli cawangan ILMAM di negeri-negeri.

Bagi Alumni lepasan mahasiswa Terengganu Mesir, sebenarnyanya telah lama ditubuhkan dengan berbagai-bagai nama dan sudah bergerak dengan sekadar termampu dengan nama yang terakhir ASMAT sehinggalah disatukan dengan satu nama mengikut pusat dalam majlis semalam serta dipilih secara rasmi ahli jawatankuasa bagi mengerakkan ILMAM cawangan Terengganu.

Mudah-mudahan didoakan agar ILMAM cawangan Terengganu berjalan dengan baik dan jayanya mengikut objektif yang digarapkan bagi menjadikan Islam dimertabatkan di Terengganu, Malaysia dan dunia amnya.

No comments: