BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Wednesday 20 May 2009

APAKAH MAKSUD NAFKAH ZAHIR


Apakah Maksud Nafkah Zahir

Dari segi nafkah zahir, apakah yang dimaskudkan dengan nafkah zahir? Adakah dengan membayar segala bill perumahan itu dikatakan nafkah zahir tanpa memberi wang kepada si isteri?

Jawapan

Ahli ilmu dahulu dan sekarang telah bersepakat mengatakan bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isterinya selama tidak nusyuz.

Termasuk yang tidak wajib diberi nafkah ialah isteri yang keluar bekerja tanpa keizinan suami.

Jumhur ulamak berpendapat bahawa nafkah isteri (nafkah zahir) ialah segala keperluan hidup, seperti tempat tinggal, makan dan pakai. Anggarannya adalah berdasarkan kepada kebiasaan satu-satu negeri dan zamannya. Juga berdasarkan kepada kemampuan suami, susah atau senang.

Masalah: Jika seorang isteri tinggal bersama suaminya, dan tidak mendapat keperluan yang mencukupi kerana kebakhilan suami, bukan kerana kemiskinannya, maka isteri boleh mengambil wang suami tanpa izinnya sekadar yang mencukupi. Tidak boleh berlebih-lebihan.

Dasarnya ialah hadis riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Nasa’I dari Aisyah mengenai pengaduan Hindun tentang kebakhilan Abu Sufian yang tidak memberinya nafkah yang mencukupi. Lalu Rasulullah s.a.w. mengarahkan Hindun mengambil harta suaminya sekadar yang perlu untuk dirinya dan anaknya.

Dr. Wahbah al-Zuhaili menyenaraikan: 1 . Makan minum 2 . Pakaian 3 . Tempat tinggal 4 . Pembantu/khadam/orang gaji. Ulamak bersepakat tentang kewajipannya bagi suami yang punya keluasan harta. 5 . Peralatan dapur, pembersih dsbnya.

Pembayaran bil bulanan termasuk api dan air adalah sebahagian dari keperluan asas zaman sekarang.

"…tanpa memberi wang kepada si isteri?", apakah yang puan maksudkan dengan `wang’ di sini. Apakah ia wang keperluan (dengan maksud nafkah) atau wang saku?

Jika `wang’ yang dimaksudkan itu adalah untuk keperluan sebagai ganti dari barang keperluan dapur, atau ganti dari wang perkhidmatan, atau sebagainya, maka suami wajib beri pada isteri.

Jika `wang’ yang dimaksudkan itu adalah wang saku, suami tidak wajib beri. Ia adalah pemberian di luar kewajipannya. Dan satu kebajikan kepada isteri. Wang saku ialah wang yang diberikan setelah semua keperluan nafkah isteri dicukupkan. Wang ini adalah untuk simpanan, membeli sesuatu di luar dari kategori nafkah. Untuk kesenangan, bukan keperluan.

Sekian, Wallahu a’lam.

24 comments:

cams_85@yahoo.com.sg said...

salam
saya just nak tnya klau ikut maksud nafkah zahir dr segi Makan minum 2 . Pakaian 3 . Tempat tinggal 4 . Pembantu/khadam/orang gaji. Ulamak bersepakat tentang kewajipannya bagi suami yang punya keluasan harta. 5 . Peralatan dapur, pembersih dsbnya.
tapi selama sy berkhawin sy telah duduk uamh mak mertua saya,tp suami sy tak [pernah bg sy wang sbg nafkah kecuali sy minta wang dr suami br suami bg.sbb sy bekerja. apa kh situasi sy sekarang nie
selama 3 tahun sy berkhawin dia x pernah bg sy wang sbg nafkah kecuali bila sy inta.disini saya masih tidak faham apa itu nafkah zahir.

Anonymous said...

assalamualaikum,
saya juga keliru dengan pemberian nafkah zahir ini. saya juga turut mengeluarkan perbelanjaan dalam membeli barang keperluan dapur. namun suami saya tidak pernah membayar ganti semula 'wang' perbelanjaan tersebut. apa yang dibaca pada petikan sebelum ini mengatakan bahawa 'wang' perbelanjaan berkaitan seperti barangan keperluan dapur dan wang perkhidmatan kecuali 'wang' saku WAJIB diganti semula oleh suami. setiap bulan gaji, perbelanjaan akan ditanggung oleh saya bagi keperluan kami hingga tiada simpanan untuk diri sendiri kecuali perbelanjaan untuk suami akan dibeli sendiri oleh suami jika dia membelanjakan sesuatu bagi keperluan dirinya sendiri. namun suami tidak memberikan 'wang' samada wang perbelanjaan mahupun wang saku kepada saya. oleh itu, kadangkala saya tiada wang untuk membelanjakan sesuatu bagi barangan keperluan diri sendiri. kadangkala juga saya berasa serba salah untuk membelanjakan wang sendiri walaupun saya tahu saya berhak menggunakan wang hasil saya sendiri untuk membeli barangan keperluan sendiri kerana perlu terlebih dahulu memberitahu dan mendapat persetujuan daripada suami terlebih dahulu walaupun barangan keperluan tersebut amat saya perlukan. dalam keadaan seperti ini, bagaimana... diharap dapat membantu...

Anonymous said...

[1 . Makan minum 2 . Pakaian 3 . Tempat tinggal 4 . Pembantu/khadam/orang gaji. Ulamak bersepakat tentang kewajipannya bagi suami yang punya keluasan harta. 5 . Peralatan dapur, pembersih dsbnya.]

wang perbelanjaan kesemua diatas utk KEPERLUAN ASAS bersama utk adalah WAJIB utk suami tunaikan. Jika wang isteri digunakan secara pinjaman utk tujuan KEPERLUAN asas maka wajiblah si suami membayar kembali kecuali si isteri yang menghalalkan.

Wang 'saku' itu tidak wajib tetapi jika diberi adalah menjadi satu kebajikan utk si isteri. Contoh wang 'saku' yang paling senang kita fahami ialah duit tunai yang kita niat utk membeli barangan peribadi seperti barangan kemas utk kegunaan persendirian bukan kegunaan asas atau bersama. Berbeza pula pada duit tunai untuk membeli keperluan rumah cthnya penyapu sampah. maka itu adalah dibawah tanggungan suaminya.

sememangnya patut meminta wang drpd suami utk keperluan asas hidup bersama tetapi menzalimi kpd si suami jika meminta secara paksa dan tidak mengikut kemampuan suami cthnya memaksa si suami membeli brgan emas, pakaian yg melampaui keperluan, perbelanjaan utk niat bersukaria dgn bukan bersama suami dan anak2 dan lain2 yg tidak sepatutnya tidak diterima akal dan bukan utk kepentingan bersama.

kesimpulannya kita perlu tahu dahulu apa itu maksud KEPERLUAN utk kepentingan diri sendiri atau kepentingan bersama.

Yanna_apr@yahoo.com.my said...

SALAM..SYE NK TANYA 1 SOALAN..
APKAH HUKUM SEORANG SUAMI TIDAK MEMBERI NAFKAH ZAHAIR KEPADA SEORANG ISTERINYE,TETAPI SI SUAMI MENGAMBIL SEMUA DUIT ISTERI DARI HASIL TITIK PELUH SI ISTERI BERKERJA..
YANNA APR(FACEBOOK)

Anonymous said...

suami wajib mberi nafkah kepada isteri, tp dlm ms y sm isteri diberi keizinan bekerja dgn niat dpt mbantu dr segi kewangan. sepatutnya isu isteri menuntut semula wang mbeli barang dapur tidak patut wujud. bertolak ansur itu sangat penting dlm berumah tangga.

jika tidak akan wujud satu situasi kesemua pbelanjaan dtanggung suami dan duit isteri disimpan sendiri.

jika begitu, tiada keperluan untuk isteri bekerja apatah lagi istilah membantu suami.

ingin tau.. said...

Slm..sy nk tye,jika suami meletakkan syarat sbg cth sy mahukan duit saku,bmakna duit tu la yg perlu sy belanjakan utk membeli brg dpur,makan minum,pakaian,jd adakah itu tmasukndi dm nafkah zahir?

ingin tau.. said...

Slm..sy nk tye,jika suami meletakkan syarat sbg cth sy mahukan duit saku,bmakna duit tu la yg perlu sy belanjakan utk membeli brg dpur,makan minum,pakaian,jd adakah itu tmasukndi dm nafkah zahir?

nouzz said...

salam,

saya nak tanya,.selama 2 tahun saya berkerja suami saya x pernah bg saya duit..!!!semua duit gaji diew hanya diew je pegang,..dari segi pembayaran rumah,elektrik air sume dia yang bayar,.!!saya pun x pernah tahu gaji diew berapa setiap bulan,.apatah lagi nak bagi duit utk saya,..saya x pernah mintak,.sebab saya berkerja,..sekarang saya dah x berkerja sebab saya sambung belajar,.tapi suami saya tak pernah tanya saya samada saya ada duit atau tak,..walaupun saya memang x ada duit 1 sen pun,..nak mintak suami sendiri rasa segan dan malu..!!perbelanjaan rumah seperti barang2 dapur sume diew yang belikan..saya tahu suami sy mampu..sy pernah selongkar penyata gaji dia..saya seolah2 x de fungsi sebagai isteri diew aje,..cme nampak fungsi saya sbg isteri sediakn mkanan,memberi layanan mengemas rumah..fungsi sbg isteri seolah2 tiada..!!!

kay said...

salam . apakah hukumnya jika seorang isteri mengambil duit suaminya(tanpa pengetahuan suami) untuk membayar bill electrik dan bill handphone ????

Anonymous said...

Salam,

Saya ingin meminta satu pandangan dan juga nasihat berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan,
bagaimana sekiranya,

1) jika pasangan suami isteri masing-masing berkerja (mampu) dan juga pasangan tersebut tinggal berasingan. sewa Tempat tingal,makan pakai dan juga barangan rumah (barangan dapur) isteri disana adakah termasuk didalam tanggungjawap suami (nafkah).

2) apakah suami perlu memberi nafkah seperti perbelanjaan hariaanya (wang saku atau wang perbelajaan lain)


3) Sekiranya segala perbelajaan sewa rumah, makan minum, duit dapur, pakaian itu isteri yang tanggung sendiri dan suami hanya memberikan duit (sbg contoh setiap bulan rm300) utk isterinya adakah itu termasuk nafkah?

diharapkan tuan dapat memberi keterangan nya. saya jahil dalam bab ini.

terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum...Saya telah berkahwin selama 5 thn tetapi suami tidak pernak beri nafkah kepada sya dan anak2.Semua perbelanjaan dan keperluan hidup saya yang tanggung.Malahan saya terpaksa menanggung hutang suami yang telah membuat pinjaman atas nama saya(peribadi dan kenderaan).Suami memberi alasan tidak berjaya dalam perniagaan dan belum ada rezeki apabila saya membangkitkan hal memberi nafkah.dia juga pernah mengambil wang saya tanpa pengetahuan dan menggadaikan barang kemas saya tanpa keizinan.dia tidak mahu bekerja makan gaji kerana tidak berminat.Apa yang patut saya lakukan.

Anonymous said...

Untuk kes yang mana suami suka mencuri wang isteri dan memaksa isteri membayar sewa beli kenderaan, isteri tolong pergi buat report polis. Ambil segala resit dan simpan. Ini adalah penting untuk tindakan mahkamah sekiranya perkahwinan anda tidak berpanjangan.

Untuk kes yang tak dapat duit saku, untuk suami yang mampu, si isteri mesti mintak. Jangan jadi terlalu baik dan halalkan sahaja. Itu adalah hak seorang isteri, sekiranya isteri memberi hak suaminya...layanan istimewa. You must give and then you must take.

Untuk isteri yang baik-baik dan suka menggunakan wang sendiri untuk membantu membeli peralatan rumah, Alhamdulillah, jasa anda akan dibalas nanti, InSyaAllah.

Tetapi, tolong mintak kerjasama suami. Jadilah seorang isteri yang tegas dalam memikul tanggungjawab. Jika tidak, suami akan berterusan mengambil ringan dan buat tidak endah terhadap hal-hal rumah.

Nasihat saya, berikan sedikit tekanan pada suami yang lalai. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

salam.perlukah suami beri duit nafkah jika semua keperluan asas telah disediakan.?
saya sedar duit suami tidak mencukupi utk duit nafkah dan saya tidak pernah meminta. tp dr segi kewajipan dalam islam,perlukah saya meminta?
sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Salam kepada semua isteri/Ibu,
Saya adalah isteri yang Mualaf dan telah berkhawin hampir 10tahun pada 20/10/2005, dan mempunyai 5 org anak kepada suami yg tidak bertanggungjwab slama awal pkhawinan ini. Tidak pernah memberi nafkah anak2 & Isteri sehingga kini. Kenapa baru hari ini saya menyatahkan? Macam yg saya beritahu dari awal saya adalah Isteri mualaf yg disia2kan selepas berkhawin dan telah diabaikan oleh suami. Saya mendapat tahu tentang hukumamnya kepada si suami yg TIDAK memberi NAFKAH, Selepas saya mendapat tahu daripada jiran yg beragama islam ori. dari situlah saya pergi ke MAHKAMAH untuk membuat TUNTUTAN dan HAK isteri. Keputusannya, si suami ini memang pengecut lari daripada dikenakan SAMAN MAHKAMAH SYARIAH. Dan, sebalah pihak keluarga suami juga memang dapat malu kerana TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Saya ada hak sebagai isteri dan cara ini untuk mengajar SUAMI seperti ini. Silap hari bulan, CERAI FASAKH drpd isteri. sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Duit gaji sy habis digunakan utk membeli kereta, sewa rumah, byr bil2 api air intenet telefon dan astro.malahn bil telefon suami pn sy byrkn.baru2 ini duit sy digunakn utk membeli rumh pula.suami sy beri nafkah, tetapi tidak memadai dgn gaji nya.dn gaji sy pula habis dgn ank2 dn suami.smpaikn apa yg sy inginkn utk diri sndiri tepaksa sy fikir 2 3 kali utk beli.
nafkah batin pula sgt jarang skali..dlm 4bln..hanya 2x shj dn hanya menyenangkn suami,
Ibu mertua xtahu hal ini dn dia penah menuduh sy 'guna2kn suami'.adakah fasakh dibolehkn dlm hal ini?

Unknown said...

Assalamualaikum
Saya ingin bertanye, adakah wajib suami beri nafkah dr segi wang ringgit kepada isteri, sedangkan pendapatan suami hanya lepas untuk perbelanjaan anak2 dan suami sendiri..kerana ada yang pertikai, jika suami tidak beri nafkah wang ringgit suami berdosa..sedangkan yang saya tahu, jika suami tidak berkemampuan untuk memberi wang ringgit kepada isteri kerana tidak mampu, tidak dikira berdoa

Unknown said...

Asalamualaikom...
Saya nk bertanya..
Sekiranya suami sudah memenuhi semua nafka zahir seperti mkn, minum, tempat tinggal, pakaian, kecuali prmbantu rumah je suami x sediakan.
Adakah wajib suami memberi wang sebagai nafkah?

Unknown said...

Asalamualaikom...
Saya nk bertanya..
Sekiranya suami sudah memenuhi semua nafka zahir seperti mkn, minum, tempat tinggal, pakaian, kecuali prmbantu rumah je suami x sediakan.
Adakah wajib suami memberi wang sebagai nafkah?

Anonymous said...

Banyak soalan yang ditujukan tidak menggambarkan yang anda telah baca artikel di atas! Yang wajib diberi oleh suami ialah nafkah zahir, iaitu keperluan asas hidup. Perkara yang diperlukan untuk terus hidup dan beribadah kepada Allah SWT. Tempat tinggal, bil api & air, pakaian untuk menutup aurat, makan dan minum, alatan dapur, pembersih dsbnya. Dan kewajipan ini juga adalah pada tahap asas. Contohnya pakaian utk tutup aurat, tidak wajib beli yang branded. Makanan adalah asas, tidak perlu sampai 2-3 jenis lauk (Nabi dan isteri makan kurma dan roti kosong jer). Isteri bekerja dgn niat utk membantu suami, atau mahukan upgrade. Contohnya jika suami seorang bekerja, maka rumah yg disediakan ialah rumah flat, maka isteri offer untuk bekerja kerana dia mengimpikan tinggal di rumah teres (lebih besar). Jadinya bayar rumah bersama. Ataupun, jika suami seorang bekerja hanya mampu nasi & telur utk makanan harian. Maka isteri offer utk bekerja kerana impikan makan nasi dan 2 jenis lauk. Jadinya pembelian bersama juga akhirnya. Dan formula ini digunapakai utk segala urusan lain. Yang harus diingatkan ialah kewajipan nafkah suami itu adalah pada tahap asas keperluan hidup, iaitu cukup untuk memastikan isteri boleh terus hidup. Selebihnya bukan lagi tanggungjawab suami. Walaubagaimanapaun isteri boleh bekerja untuk membantu atau untuk upgrade taraf kehidupan berkeluarga. Tapi jangan sampai disebabkan isteri bekerja, suami terpaksa keluar duit yg lebih pula. Wallahua'lam.

Unknown said...

Itu bukan suami. Itu lanun

Anonymous said...

Salam.
Suami tidak beri saya duit bulanan kerana tidak mampu dari segi kewangan. Gajinya cukup untuk beli barang dapur dan keperluan dia shj. Maksudnya mkn minum yg asas dia dah sediakan ttp pakaian Tempat tinggal segala bil yuran skolah anak semua saya tanggung kerana sy bekerja. Adakah ini bermaksud suami dah selesaikan nafkah zahir kpd isteri?

Unknown said...

kalu xtahu.. amek tahu... kenapa nak segan dan malu.. suami sendiri. . nak malu ape.. nk dwet ke ape ke... mintak la suami... sekadar kemampuan.. klu melebihi kemampuan d... jgn dipakse... mudahkan. . jgn dibebani... wanita solehah akan menceriakan keluarga dan suami.. berbncg sblom tdo...iallah...selesai masalah

Robin Labu said...

Wasalam...

Nafkah zahir ialah...
1. Makanan
2. Pakaian
3. Tempat tinggal.

Ini sahaja yang WAJIB bagi suami sediakan utk isteri dan anak2....

Pemberian wang saku kepada isteri itu hanyalah sebagai menjaga kebajikan isteri... Cth isteri nk beli keperluan penjagaan khusus wanita dsbnya. Wang saku tidak WAJIB ( nafkah zahir).

Jika ada isteri yg dapat wang saku dari suami secara bulanan, maka anda sangat bertuah kerana suami perihatin dgn kebajikan anda serta beliau mempunyai sifat empati yg tinggi terhadap orang lain lebih2 lagi tanggungan beliau.

Robin Labu said...

Wasalam,

Kenapa sebelum kahwin dulu anda tak menilai calon suami terlebih dahulu dan lihat ciri2 baik buruk beliau...?

Takkan lepas kahwin baru tahu beliau kaki pow..?