BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Friday, 4 February 2011

KENYATAAN RASMI ILMAM JOHOR

Kenyataan Rasmi ILMAM Johor

Adalah dimaklumkan bahawa mahasiswa dan mahasiswi Johor yang berada di Mesir dalam keadaan yang selamat dan menunggu masa untuk dipindahkan ke Jeddah pada hari ini (4 Febuari 2011).Untuk makluman juga pelajar Johor yang berada di Kaherah seramai 157 orang yang akan dibawa keluar hari ini. Manakala pelajar Johor yang berada di cawangan akan berpindah mengikut cawangan mereka.

ILMAM Johor mengambil prihatin perkara ini dengan mendapatkan makluman daripada Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir, Ust Syed Meftahul Ulum. Beliau juga menegaskan bahawa keselamatan pelajar Johor dalam keadaan baik.

Namun begitu ada beberapa isu yang perlu kami utarakan sebagai untuk diambil perhatian bersama:

1.ISU TAMBANG BALIK KE MALAYSIA DAN KE MESIR.

Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, Pegawai Kedutaan di Mesir melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm

1. Kos perjalanan dari Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan

2. Sara hidup dan perbelanjaan sepanjang di Jeddah adalah ditanggung oleh pihak kerajaan.

3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.

4. Perjalanan ke Jeddah - KL adalah dengan tanggungan sendiri

5. Perjalanan ke Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri

(Sumber: http://ilmampusat.blogspot.com/)

Kami prihatin terhadap isu ini yang akan menimbulkan masalah bagi pelajar-pelajar yang kurang kemampuan. Keadaan ini hanya menyukarkan mereka jesteru itu ILMAM Johor menyarankan agar pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang ke Malaysia dan bukan dipindahkan sahaja ke Jeddah.

2.PELAJAR YANG MASIH TINGGAL DI MESIR.

Daripada makluman yang kami perolehi terdapat beberapa pelajar yang memutuskan untuk tinggal di Mesir. Ini disebabkan mereka diberitahu bahawa tambang untuk pulang ke Malaysia atau pulang ke Mesir adalah tanggungan sendiri. Jesteru kami mengharapkan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah memantau keadaan mereka dan tidak berlepas tangan atas isu ini. Harus diingatkan juga bereadaan mereka di sana turut menbantu di dalam menjaga asset-aset Kerajaan Negeri seperti rumah negeri dan sebagainya.

3.KERJASAMA KERAJAAN NEGERI DAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR.

Sekiranya isu tambang pulang ini berlanjutan, kami mengharapkan agar pihak Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil prihatin di atas isu ini. Setakat ini sudah ada kerajaan Negeri yang menghantar pengawai mereka ke Jeddah untuk menguruskan pelajar mereka di sana. Pihak kami juga mengharapkan keprihatinan Kerajaan Johor diatas isu ini.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mendoakan agar pelajar-pelajar Johor yang berada di Mesir dipelihara oleh Allah daripada sebarang musibah.

MOHD ZARUL B. SALLEH
Pengerusi Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Cawangan Johor

No comments: