BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Thursday, 3 February 2011

WARKAH DARI PELAJAR SHOUBRA, MESIR

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah..Pelajar-pelajar di sini secara umumnya semua dalam keadaan stabil..Hari jumaat ni akan ada satu demo yang mungkin lebih besar..Baru ni lebih kurang 2 juta yang hadir di tahrir, itupun ada lagi yang disekat dlm perjalanan..

Di kawasan sekitar Shoubra ni ada juga demo, agak berdekatan dengan kediaman pelajar-pelajar kita..nak keluar rumah waktu malam memang dilarang sama sekali..Nak keluar rumah pun 'asyan g masjid jee... penjenayah berkeliaran di kawasan sekitar..Balai polis dibakar dan penjenayah dibebaskan..So, rakyat jadi semakin takut....Banyak kes-kes jenayah di sini..orang-orang arab akan buat hirosah (kawalan) di setiap malam..Banyak premis2 kerajaan dibakar dan dipecahkan..Bank-bank, mesin ATM, KFC pun dipecahkan...Kerja siapa semua ni?? wallahu a'lam..ada yang kata polis buat..ada yg kata memang geng2 kaki rompak..

Ada yang buat roadblock..orang biasa je pun, bukan polis..polis ramai dah takut nak keluar..huhu ..tadi baru balik dari Asyir..Terpaksa melalui lebih kurang 15 roadblock..di beberapa roadblock dikawal oleh kereta kebal..Subhanallah..Begitu sekali keadaan Mesir sekarang ni..Apapun, kita tengok perkembangan selepas hari jumaat nanti...Kalau makin teruk, emm tak tau nak kata..Hasbunallahuwa ni'mal wakil...

Terkini..Pelajar-pelajar Malaysia akan dipindahkan ke Jeddah secara berperingkat2 melalui kapal laut TLDM dan Kapal Terbang. Menetap di sana dalam tempoh lebih kurang 1 bulan..Sampai Mesir kembali stabil...Nak balik Malaysia? Guna duit sendiri..

Universiti Al-Azhar stakat ni masih berfungsi seperti biasa dan pelajar-pelajar akan mengaji macam biasa...

Rasanya semua tahu berita ni..emm..banyak cerita nak kongsi di sini sebenarnya, takut tak larat nak baca..:) Banyak je cerita-cerita pelik-pelik di sini...Kalu boleh tabayyun la dulu..Nak tau berita rasmi, boleh telefon tuan Presiden PMRAM atau web rasmi www.pmram.org ..

Apapun, kami harapkan doa dari kalian moga-moga Mesir kembali aman seperti sediakala..Sekarang ni rasa macam duduk di zaman penjajahan..Kedai2 semua tutup, jalan jadi sunyi sepi..bangunan2 banyak dibakar dsb..Mungkin Allah nak tarik sekejap nikmat keamanan di Mesir ni..:(

Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi,
Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syariff
Shoubra. Mesir.

No comments: