Presiden ILMAM Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Malaysia
AHAD, Jam 09 pagi tadi: Alhamdulillah, dalam siaran berita AWANI, melaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, telah mengisytiharkan akan menanggung semua kos bawa pulang pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur selewatnya hari Sabtu ini.
Dengan pengumuman demikian, pihak Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia berharap pengumuman tersebut, tidaklah menyusahkan lagi pelajar Malaysia yang sekarang ini samada berada di Jeddah dan Mesir, jua terhadap ibubapa kepada pelajar-pelajar tersebut.
Sehubungan dengan itu, pihak ILMAM Malaysia mengucapkan Jazaakumullahu Khairal Jaza' kepada Perdana Menteri Malaysia di atas pengisytiharan tersebut. Semoga semua warga Malaysia yang berada di Jeddah selamat sampai ke Kuala Lumpur, InsyaAllah..
Ust Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden,
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia
06 Februari 2011
RSS Feed
Twitter


0 comments:
Post a Comment